Tanah runtuh Serendah: Kerja pembaikan jalan diambil alih JKR - Azmin Ali

Madiha Abdullah
November 26, 2016 12:30 MYT
Dalam kejadian di Taman Idaman, Serendah itu, seorang dilaporkan mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan buat masa ini.. - Foto/JBPM
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali telah menghubungi Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Majlis Daerah Hulu Selangor untuk segera menghulurkan bantuan kepada mangsa kejadian tanah runtuh di Serendah, awal pagi tadi.
Azmin yang kini berada di Jepun atas urusan kerja, dimaklumkan berkenaan kejadian itu, beberapa jam selepas ia berlaku.
Dalam beberapa siri tweet di akaun Twitter, Azmin berkata kerajaan Negeri mahu tindakan yang proaktif diambil segera untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

Menerima maklum berhubung kejadian tanah runtuh yang berlaku di Taman Idaman, Serendah, Hulu Selangor.

— Mohamed Azmin Ali (@AzminAli) November 26, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Saya telah arahkan semua jabatan & agensi terlibat untuk mengambil tindakan segera.

— Mohamed Azmin Ali (@AzminAli) November 26, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Tanah runtuh Serendah: Mengerikan, gerai dan kereta ditarik ke runtuhan seluas padang bola

Saya menghubungi UPEN dan MDHS untuk segera membantu mangsa kejadian tanah runtuh di Serendah dan mengambil tindakan segera di lokasi.

— Mohamed Azmin Ali (@AzminAli) November 26, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kerajaan Negeri mahu tindakan yang proaktif diambil segera untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Laporan penuh disediakan.

— Mohamed Azmin Ali (@AzminAli) November 26, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam tweet terbaharunya, Azmin memaklumkan JKR Selangor akan segera ambil alih kerja-kerja pembaikan jalan yang runtuh.

JKR Selangor akan segera ambilalih kerja kerja kecemasan membaiki jalan yang runtuh. Kos akan dibiayai oleh peruntukan Kerajaan Negeri.

— Mohamed Azmin Ali (@AzminAli) November 26, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kesemua kos akan dibiayai oleh peruntukan kerajaan Negeri.
Dalam kejadian di Taman Idaman, Serendah itu, seorang dilaporkan cedera, manakala sekurang-kurangnya enam kereta, dua motosikal dan sebuah van milik penduduk taman itu turut tertimbus dalam runtuhan.
#Datuk Seri Azmin Ali #Serendah #tanah runtuh
;