Tanah runtuh Serendah: 22 keluarga belum lapor diri kepada JKM

Mariah Ahmad
November 26, 2016 20:09 MYT
SUPRAMANIAM: Kami tidak akan benarkan orang awam masuk ke rumah. Kawasan ini sudah menjadi kawasan bahaya.
Pihak polis menyeru 22 daripada 64 keluarga yang diarahkan berpindah untuk melaporkan diri di Bahagian Pendaftaran Mangsa Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat di Sekolah Rendah Agama Serendah.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Supramaniam Ramasamy, berkata beliau memohon 22 keluarga tersebut untuk laporkan diri kepada JKM bagi tujuan pengumpulan statistik.
"Mungkin mereka ke rumah keluarga terdekat mereka. Cuma kami mengharapkan mereka melaporkan diri supaya kita tahu di mana lokasi mereka," katanya dalam satu sidang media Pengurusan Operasi Tanah Runtuh di Taman Idaman, Serendah.
BACA: Tanah runtuh Serendah: Wujud pergerakan tanah setiap sejam
BACA: Taman Idaman, Serendah diisytihar zon merah - polis
BACA: Tanah runtuh Serendah: 340 penduduk diarah pindah
Beliau juga berkata polis tidak lagi akan membenarkan mana-mana individu untuk masuk semula ke rumah.
"Kami tidak akan benarkan orang awam masuk ke rumah. Kawasan ini sudah menjadi kawasan bahaya,"katanya.
Bagaimanapun secara keseluruhan, Supramniam memberi jaminan keadaan terkawal setakat ini.
#Serendah #Superintendan R Supramaniam #taman idaman #tanah runtuh
;