Tanah runtuh: PM Najib zahir rasa sedih, harap misi SAR berjalan lancar

Bernama
Oktober 21, 2017 18:05 MYT
Setakat ini, tiga mangsa ditemui maut, seorang cedera manakala 10 lagi masih hilang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan di tapak projek pembinaan rumah mampu milik berkenaan. - Gambar fail
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melahirkan rasa sedih atas kejadian tanah runtuh yang berlaku di Tanjung Bungah, Pulau Pinang, pagi tadi.
"Sedih dengan kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah. Moga misi mencari dan menyelamat berjalan lancar, sama-sama kita doakan," kata Najib menerusi catatan di laman rasmi Twitter beliau, pada Sabtu.
Setakat ini, tiga mangsa ditemui maut, seorang cedera manakala 10 lagi masih hilang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan di tapak projek pembinaan rumah mampu milik berkenaan.

Sedih dgn kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah. Moga misi mencari dan menyelamat berjalan lancar, sama-sama kita doakan.

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) October 21, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kejadian itu dilapor pada pukul 8.57 pagi melibatkan 14 mangsa dipercayai tertimbus di bawah runtuhan tersebut.
Mereka terdiri daripada seorang rakyat tempatan manakala yang lain terdiri daripada rakyat Indonesia, Rohingya dan Bangladesh.
Usaha mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang sedang giat dilakukan oleh pihak berkuasa.
- BERNAMA
#Bangladesh #Indonesia #Kontraktor #maut #Najib Razak #pbt #pekerja asing #Perdana Menteri #perumahan #polis #pulau pinang #Rohingya #rumah mampu milik #SAR #tanah runtuh #Tanjung Bungah #Twitter
;