Tanah runtuh dikesan di Jalan Mersing-Jamaluang
Astro Awani
Disember 5, 2013 21:22 MYT
Disember 5, 2013 21:22 MYT
Satu tanah runtuh dikesan berlaku di bahu jalan kira-kira 16 kilometer dari bandar Mersing ke Jamaluang.
Tanah runtuh sepanjang 100 meter itu berlaku pada malam Isnin, kira-kira jam 8 malam akibat hujan lebat.
Pengguna jalan raya yang melalui jalan Mersing ke Jamaluang diminta berhati-hati ekoran berlakunya tanah runtuh membabitkan bahu jalan di FT03 Section 116, 10 batu dari bandar Mersing ke Jamaluang.
Ia memaksa pihak berwajib terpaksa menutup satu laluan berbanding dua lorong sebelum ini.
Jurutera JKR Daerah Mersing, Kamal Abdul Rahman berkata, kerja-kerja membaik pulih jalan masih belum dapat dilakukan akibat keadaan cuaca yang teruk.
Klik pada video untuk berita sepenuhnya.