Tanah runtuh di Jalan Tapah-Ringlet

Aida Aziz
September 24, 2020 00:09 MYT
Polis berkata susulan itu hanya laluan sehala sahaja yang boleh dilalui oleh semua kenderaan. - Foto ihsan PDRM
Hujan lebat pada waktu malam semalam mengakibatkan berlakunya tanah runtuh di Jalan Tapah-Ringlet dekat Batu 11, Jalan Pahang dekat sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata susulan itu hanya laluan sehala sahaja yang boleh dilalui oleh semua kenderaan.
"Kejadian awal berlaku pada Rabu lebih kurang jam 11 pagi.
"Syarikat Belati Wangsa sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di laluan tersebut.
"Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) mula menutup jalan dan membuka laluan sehala hari ini kira-kira jam 3 petang," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Ujarnya lagi, agensi yang terbabit ialah anggota polis seramai tiga orang, pekerja dari Belati Wangsa enam orang dan JKR seramai lima orang.
Katanya, pemantauan berterusan akan dilakukan oleh anggota Balai Polis Tapah bagi memastikan ia selamat untuk laluan pengguna jalan raya.
#Jabatan Kerja Raya #Jalan Tapah-Ringlet #JKR #Polis Daerah Tapah #tanah runtuh #Tapah
;