Tanah runtuh di Jalan Brinchang, Cameron Highlands

Bernama
September 21, 2024 17:38 MYT
Azri berkata bencana itu telah mengakibatkan Jalan Besar, Brinchang berhampiran Agro Market telah terhalang oleh tanah runtuh, pokok dan tiang eletrik yang tumbang. - Gambar FB Ho Chi Yang
KUANTAN: Satu kejadian tanah runtuh di Kilometer 67, Jalan Besar Brinchang berhampiran Agro Market di Cameron Highlands hari ini menyebabkan sebahagian laluan jalan terhalang.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Azri Ramli berkata tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian pukul 11 pagi itu.
Beliau berkata bencana itu telah mengakibatkan Jalan Besar, Brinchang berhampiran Agro Market telah terhalang oleh tanah runtuh, pokok dan tiang eletrik yang tumbang.
"Sebuah kenderaan yang diletakkan berhampiran kawasan itu rosak dihempap tiang elektrik yang tumbang, namun tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azri berkata kerja-kerja pembersihan sedang giatkan dijalankan.
-- BERNAMA
#Cameron Highlands #tanah runtuh #tiang elektrik #kemalangan jiwa
;