Tanah Runtuh Bukit Tunku: Siasatan terperinci di lokasi kejadian hari ini

Astro Awani
April 25, 2023 07:15 MYT
Agensi penyelamat dalam insiden tanah runtuh di Bukit Tunku dijadual bermesyuarat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul pada jam 3 petang ini. - Foto fail/JBPM
KUALA LUMPUR: Agensi penyelamat dalam insiden tanah runtuh di Bukit Tunku dijadual bermesyuarat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul pada jam 3 petang ini.
Pasca mesyuarat tersebut, satu sidang media turut dijadual diadakan pada jam 5.30 petang.
Dalam pada itu, pihak teknikal terdiri daripada Cawangan Kejuruteraan Cerun Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) serta beberapa agensi lain akan melakukan siasatan terperinci di lokasi kejadian.
Pada Selasa, dilaporkan seramai 76 petugas Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) dan Institut Integriti Malaysia (IIM) berdepan detik cemas selepas berlaku runtuhan tanah di kawasan itu kira-kira 1.30 tengah hari.
#tanah runtuh #bukit tunku #JKR #JMG
;