Sejak insiden yang berlaku petang semalam, sebahagian kejiranan di kawasan tersebut sudah pun berbuat demikian selain arahan berpindah yang telah dikeluarkan oleh pihak polis.
Manakala sebahagian mereka yang mana kediaman mereka tidak terjejas namun terlalu hampir dengan kawasan runtuhan pula, mengmbil masa untuk berkemas dan mengeluarkan barangan penting sebelum melakukan perkara sama.
Bagaimanapun tinjauan mendapati terdapat segelintir penghuni yang tinggal sekitar 50 meter dari kawasan insiden tersebut masih lagi berada di rumah masing-masing.
Setakat pagi ini, tiada kerja-kerja menyelamat atau kerja-kerja pembersihan dilakukan sekali pun beberapa agensi penguatkuasaan seperti polis dan bomba masih ditempatkan di tapak runtuhan sejak semalam.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari turut melakukan lawatan ke tapak runtuhan kira-kira jam 9.30 pagi tadi.