Tanah runtuh Batang Kali: Tempat perkelahan, perkhemahan di Selangor diarah tutup seminggu

Astro Awani
Disember 16, 2022 22:48 MYT
Semua tempat perkelahan dan perkhemahan di negeri Selangor diarah tutup selama tujuh hari mulai esok (17 Disember, 2022). - Sumber foto Pejbat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
KUALA LUMPUR: Semua tempat perkelahan dan perkhemahan di negeri Selangor diarah tutup selama tujuh hari mulai esok (17 Disember, 2022).
Arahan iti dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim yang juga merupakan Pengerusi Pengurusan Jawatankuasa negeri.
[LAPOR LANGSUNG] Tanah runtuh Batang Kali: Angka korban meningkat ke 21 orang, 12 dikhuatiri hilang
Jumlah mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Batang Kali, dilaporkan meningkat kepada 21 mangsa ketika ini.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ketika ini fokus pencarian diteruskan bagi mencari 12 lagi mangsa yang masih hilang.
#tempat perkelahan #Selangor #Perkhemahan #ditutup seminggu
;