Tanah runtuh Batang Kali: Polis ambil keterangan pengusaha tapak perkhemahan, 2 pekerja

Rahimah Abdullah
Disember 18, 2022 11:38 MYT
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah bercakap pada sidang media mengenai kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali hari ini. - Foto BERNAMA
HULU SELANGOR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mengambil keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Batang Kali di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, mereka terdiri daripada seorang pengusaha dan dua pekerjanya yang hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor pada Sabtu.
“Tiga individu telah diambil keterangan untuk membantu siasatan bagi menjalankan siasatan lanjut.
“Pengusaha adalah antara tiga orang memberikan keterangan dan dua adalah pekerja.
“Pengusaha berusia dalam umur 50-an, dan dua lagi dalam usia 20 ke 30-an. Mereka beri keterangan di IPD Hulu Selangor petang semalam,” katanya dalam satu sidang media di tapak kejadian tanah runtuh di sini pada Ahad.
[LAPOR LANGSUNG] Tanah runtuh Batang Kali: Operasi hari ketiga diteruskan, 9 mangsa masih hilang
Dalam masa sama, polis mungkin akan memanggil lagi individu lagi untuk memberi keterangan.
“Kemungkinan akan panggil lagi untuk bantu siasatan,” ujarnya.
#tanah runtuh #batang kali #pengusaha tapak perkhemahan #siasatan polis
;