Tanah runtuh Batang Kali: Operasi SAR diteruskan hari keenam

Bernama
Disember 21, 2022 10:00 MYT
Pegawai Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman bersedia untuk pendaratan dron selepas membuat pemantauan udara meninjau lokasi tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm hari ini. -Bernama
BATANG KALI: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) baki lapan lagi mangsa yang masih hilang dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya Jumaat lepas, diteruskan pagi ini.
Operasi berkenaan memasuki hari keenam hari ini selepas ditangguhkan pada 12 tengah malam tadi.
Sebelum operasi ditangguhkan, anggota penyelamat menemukan mayat seorang kanak-kanak perempuan pada 11.15 malam tadi menjadikan angka korban tragedi berkenaan kini 25 orang.
Ikuti perkembangan tragedi tanah runtuh Batang Kali DI SINI!
Keadaan tanah yang lembik, lecak dengan lumpur tebal sedikit sebanyak menyukarkan usaha pencarian.
Anggota penyelamat juga kelihatan terus bersemangat menjalankan tugas pencarian meskipun tiga pegawai dan anggota terpaksa diberi rawatan kerana kurang sihat dan mengalami kecederaan ringan.
Perkembangan terbaharu malam tadi menyaksikan sehingga kini 61 selamat, 25 terkorban dan lapan masih hilang daripada keseluruhan 94 orang yang terlibat dalam insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan berkenaan pada 2.42 pagi, Jumaat lepas.
-- BERNAMA
#Tanah Runtuh Batang Kali #operasi mencari dan menyelamat #Gohtong Jaya #hari keenam
;