Tanah runtuh Batang Kali: Operasi SAR ditangguh sementara - Polis

Bernama
Disember 21, 2022 20:25 MYT
Operasi SAR akan disambung semula sekiranya keadaan cuaca baik dan tiada pergerakan tanah berlaku di kawasan terbabit. - Gambar fail/ Bernama
BATANG KALI: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada hari keenam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers' Organic Farm, Gohtong Jaya, di sini ditangguhkan sementara pada kira-kira 4 petang tadi berikutan hujan lebat.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah yang mengesahkan perkara itu kepada Bernama, berkata operasi itu bagaimana pun akan disambung semula sekiranya keadaan cuaca baik dan tiada pergerakan tanah berlaku di kawasan terbabit.
"Ya, ditangguhkan sementara kerana hujan dan akan disambung semula (namun) bergantung kepada keadaan cuaca serta tahap keselamatan di lokasi pencarian," katanya ringkas.
Tragedi tanah runtuh yang berlaku pada 2.42 pagi Jumaat lepas di tapak perkhemahan itu setakat ini menyaksikan 61 orang selamat, 26 terkorban dan tujuh lagi masih hilang daripada keseluruhan 94 mangsa.
[LAPOR LANGSUNG] Tanah runtuh Batang Kali: Mayat ke-26 lelaki dewasa ditemukan
#tanah runtuh #batang kali #operasi sar #keadaan cuaca
;