Tanah runtuh Batang Kali: OIC rakam ucapan takziah

Bernama
Disember 21, 2022 11:35 MYT
Operasi pencarian diteruskan bagi mencari mangsa yang masih hilang. - Foto Facebook/JBPM
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Selasa merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada kerajaan Malaysia dan rakyatnya susulan insiden tanah runtuh di Gohtong Jaya, Batang Kali.
Ucapan takziah itu disampaikan Setiausaha Agungnya Hissein Brahim Taha melalui akaun Twitter OIC.

#OIC Secretary-General Mr #Hissein_Brahim_Taha, has expressed deep condolences and sympathy to the Government and people of #Malaysia over the victims of the landslide that affected a camp at Batang Kali, Selangor State, resulting in loss of lives, with many injured or missing. pic.twitter.com/jsLITKikhT

— OIC (@OIC_OCI) December 19, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beliau menyuarakan rasa simpati kepada keluarga mangsa dan semoga keluarga mangsa dikurniakan ketabahan.
Setakat semalam seramai 25 mangsa disahkan terkorban dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm itu.
Kejadian berlaku pada 2.42 pagi Jumaat (16 Dis) dan seramai 61 orang terselamat manakala lapan lagi masih hilang.
-- BERNAMA
#oic #Tanah Runtuh Batang Kali #Father's Organic Farm #takziah
;