Tanah runtuh Batang Kali: Hujan lebat, operasi ditangguhkan semula

Fareez Azman
Disember 22, 2022 17:25 MYT
Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) melakukan operasi 'Sweeping' (pencarian) di sekitar sungai Kedondong dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Father's Organic Farm hari ini. - Foto BERNAMA
HULU SELANGOR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kejadian tanah runtuh di Father's Organic Farm, di sini ditangguhkan semula pada kira-kira 4.30 petang tadi berikutan hujan lebat.
Keadaan hujan sekali gus menyukar operasi SAR tiga lagi mangsa yang masih hilang.
Menurut Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia), ramalan cuaca di Hulu Selangor dijangka cerah di sebelah pagi.
[LAPOR LANGSUNG] Tanah runtuh Batang Kali: 30 mangsa ditemui setakat ini, tiga masih hilang
Walau bagaimanapun, pada sebelah petang, ribut petir dijangka berlaku di beberapa kawasan.
Sehingga kini tiga lagi mangsa masih belum ditemui di lokasi runtuhan.
Operasi SAR memasuki hari ketujuh melibatkan 128 pegawai dan anggota pelbagai agensi, serta bantuan 11 jengkaut tanah dan tujuh unit anjing pengesan K-9.
#Tanah Runtuh Batang Kali #Father's Organic Farm #operasi SAR ditangguh #hujan lebat
;