Tanah runtuh Batang Kali: Hannah Yeoh tiba di Hospital Sungai Buloh

Umavathi Ramayah
Disember 17, 2022 11:40 MYT
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh (dua, kanan) tiba di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh hari ini. - Foto BERNAMA
SUNGAI BULOH: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh tiba di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh di sini kira-kira jam 10.30 pagi.
Beliau meninggalkan hospital tersebut kira-kira setengah jam kemudian.
Namun tiada sebarang sidang media diadakan.
Kira-kira 40 pengamal media berkampung di Jabatan Forensik sejak jam 7 pagi bagi mengikuti perkembangan insiden tanah runtuh di Batang Kali, di sini yang setakat pukul 12 tengah malam tadi mengorbankan 21 individu dan 12 masih lagi dikesan.
Sementara itu, insiden itu turut mendapat perhatian sukarelawan yang turun padang membantu keluarga mangsa dari segi sokongan emosi.
Seramai 50 sukarelawan Yayasan Buddist Tzu Chi ditempatkan di beberapa hospital termasuk 13 daripadanya di Hospital Sungai Buloh.
[LAPOR LANGSUNG] Tanah runtuh Batang Kali: Operasi SAR fokus dua tapak perkhemahan, guna jentera berat
Mereka dibahagikan kepada empat syif secara bergilir-gilir.
#Tanah Runtuh Batang Kali #Father's Organic Farm #Hospital Sungai Buloh #Hannah Yeoh
;