Tanah runtuh Batang Kali: Angka korban meningkat kepada 16

Nailah Huda
Disember 16, 2022 14:14 MYT
Menurut kemas kini Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) di media sosial, daripada 94 mangsa tanah runtuh, seramai 61 telah diselamatkan dengan operasi menyelamat masih dijalankan. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Selangor telah meragut nyawa 16 mangsa, dengan baki 17 mangsa masih belum dijumpai setakat jam 1 petang.
Menurut kemas kini Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) di media sosial, daripada 94 mangsa tanah runtuh, seramai 61 telah diselamatkan dengan operasi menyelamat masih dijalankan.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) turut mengesahkan angka terbaharu itu berdasarkan maklumat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Angka kematian itu meningkat daripada 13 mangsa seperti yang dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa setakat jam 11.30 pagi tadi.

UPDATE TERKINI TANAH RUNTUH BATANG KALI [[ 1:00 PETANG ]] Jumlah Mangsa: 94 orang Jumlah Selamat: 61 orang Jumlah Meninggal: 16 orang Jumlah Belum Dijumpai: 17 orang Operasi menyelamat masih dijalankan. pic.twitter.com/igAy0Qpw1J

— KPKT (@kpkt_gov) December 16, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Genting Highland - Batang Kali, Selangor. Menurut @PDRMsia sehingga jam 1 pm, 16/12/22, jumlah keseluruhan mangsa adalah 94 orang, 61 telah ditemui selamat, 16 meninggal dunia dan 17 masih belum ditemui.@anwaribrahim @DrZahidHamidi @ArmizanAmeer @jpmgov_

— NADMA Malaysia (@mynadma) December 16, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jelas Dr Zaliha pada ketika itu, tujuh mangsa mendapatkan rawatan di tiga buah hospital di ibu negara.
LAPOR LANGSUNG: Tanah runtuh Batang Kali: Angka kematian meningkat kepada 16
"Terakhir kita dapat tiga mangsa di Hospital Selayang, satu di Hospital Kuala Lumpur (HKL), satu di Hospital Kuala Kubu Bharu, hanya tujuh kes dihantar ke hospital setakat ini.
"Mangsa terkorban kita hantar ke Hospital Sungai Buloh, ada mangsa di lokasi dan akan hantar ke Hospital Kuala Lumpur sebab kapasiti lebih besar," katanya lagi.
Kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku kira-kira jam 2.24 pagi di tapak perkhemahan yang terletak berhampiran sebuah ladang organik di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Genting Highland.
Polis mengesahkan antara mangsa korban tragedi tersebut termasuk kanak-kanak.
#tanah runtuh #batang kali #tapak perkhemahan #Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan
;