Tanah runtuh Batang Kali: 14 mayat mangsa dibawa keluar dari HSB setakat jam 8 malam

Fareez Azman
Disember 17, 2022 21:16 MYT
Sejumlah 14 mayat mangsa tragedi tanah runtuh di Batang Kali telah dibawa keluar dari Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh selepas selesai proses bedah siasat dan pengecaman wajah pada Sabtu. - Astro AWANI
SUNGAI BULOH: Sejumlah 14 mayat mangsa tragedi tanah runtuh di Batang Kali telah dibawa keluar dari Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh selepas selesai proses bedah siasat dan pengecaman wajah pada Sabtu.
Mayat pertama dibawa keluar jam 4.21 petang, diikuti mayat kedua 20 minit kemudian.
Sementara mayat ketiga pula di bawa keluar jam 5.20 petang diikuti 10 lagi mayat dibawa keluar setiap 15 minit.
Pada jam 7.59 malam, mayat ke-14 dibawa keluar menaiki kenderaan jenazah.
[LAPOR LANGSUNG] Tanah runtuh Batang Kali: Satu mayat kanak-kanak perempuan ditemukan, angka korban 24
Menurut sumber Astro AWANI, difahamkan 10 lagi mayat mangsa akan menjalani proses bedah siasat malam ini dan hanya dibawa keluar esok untuk proses pengebumian atas permintaan keluarga mangsa.
#Tanah Runtuh Batang Kali #mayat mangsa #Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh #Father's Organic Farm
;