Tanah runtuh: 13 mangsa disahkan terkorban setakat ini - Menteri Kesihatan
Fareez Azman
Disember 16, 2022 11:54 MYT
Disember 16, 2022 11:54 MYT
KUALA LUMPUR: Tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Selangor telah meragut nyawa 13 mangsa setakat ini.
Perkara itu disahkan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam satu sidang media di Hospital Selayang sebentar tadi.
"Setakat ini ada 13 terkorban sehingga jam 11.30 pagi ini," katanya.
Ketika ini, tujuh mangsa sedang mendapatkan rawatan di hospital.
"Terakhir kita dapat tiga mangsa di Hospital Selayang, satu di Hospital Kuala Lumpur (HKL), satu di Hospital Kuala Kubu Bharu, hanya tujuh kes dihantar ke hospital setakat ini.
"Mangsa terkorban kita hantar ke Hospital Sungai Buloh, ada mangsa di lokasi dan akan hantar ke Hospital Kuala Lumpur sebab kapasiti lebih besar," katanya lagi.