Tanah perkuburan perang perlu diberi penghormatan tertinggi dan bukannya dirosakkan, kata Persatuan Veteran Kaum Cina Tentera Darat Malaysia (MACVA).
Anggota jawatankuasa perhubungan awam MACVA Kapten (B) Dr Wong Ang Peng berkata perbuatan merosakkan tanah perkuburan perang sangat dibenci kerana ia memaparkan sikap tidak menghormati dan menghina anggota tentera yang sudah tiada.
"Tanah perkuburan perang merupakan tempat persemadian terakhir untuk pahlawan perang yang memberikan nyawa mereka untuk pembebasan dan kedaulatan negara, oleh itu ia mesti dihormati oleh setiap rakyat di negara ini," katanya.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai laporan berita baru-baru ini bahawa beberapa batu nisan di Tanah Perkuburan Perang Taiping, Perak, yang menjadi tempat persemadian tentera Perang Dunia Kedua, didapati dirosakkan dan pecah.
Wong berkata anggota MACVA sangat kecewa dengan perbuatan pihak tidak bertanggungjawab
itu kerana sebagai veteran tentera, mereka menghargai pengorbanan yang dilakukan pejuang negara bagi memastikan rakyat terus hidup dalam aman dan damai.
"Orang ramai perlu sedar bahawa setiap wira perang dan veteran telah berkhidmat kepada raja dan negara dengan bangga dan gagahnya, justeru, tanah perkuburan perang wajar dijadikan sebagai warisan negara, satu lagi sejarah negara.
"MACVA menggesa pihak berkuasa tempatan agar menangkap pesalah dan menjatuhkan hukuman setimpal bagi mengelakkan kejadian vandalisme terhadap tanah perkuburan perang berlaku di masa hadapan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 07 2017
MACVA: Tanah perkuburan perang perlu diberi penghormatan tertinggi dan bukannya dirosakkan. - Gambar hiasan
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Tanah perkuburan perang perlu diberi penghormatan tertinggi, bukan dirosakkan - MACV
Tanah perkuburan perang perlu diberi penghormatan tertinggi dan bukannya dirosakkan, kata Persatuan Veteran Kaum Cina Tentera Darat Malaysia (MACVA).