Tanah mendap, lima kenderaan rosak

Sinar Harian
Januari 25, 2022 21:34 MYT
Norazam berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.38 petang mengenai insiden berkenaan. - Gambar/ Sinar Harian
SERI KEMBANGAN: Sebanyak lima kenderaan yang diletakkan di tepi Jalan LP 1A/2 Lestari Perdana, Bandar Putra Permai di sini rosak selepas tanah mendap berlaku di kawasan itu pada Selasa.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.38 petang.
"Seramai enam anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba Serdang bergegas ke lokasi kejadian.
Tanah Mendap | Kejadian tanah mendap di Bandar Putra Permai
"Sebaik tiba, kita mendapati berlaku mendapan berhampiran longkang sehingga mengakibatkan lima kenderaan pelbagai jenis mengalami kerosakan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Norazam berkata, dilaporkan tiada mangsa terlibat dalam insiden itu.
"Kita sedang menjalankan pemantauan di lokasi kejadian," katanya.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
#tanah mendap #Bandar Putra Permai #bomba Selangor #Tular
;