Tanah mendap: Jalan Hartamas 1, Dutamas 1 ditutup

Astro Awani
Oktober 20, 2021 19:23 MYT
Setakat ini punca dan tahap kerosakan jalan belum dapat dipastikan - Gambar Twitter ITISDBKL
KUALA LUMPUR: Kejadian mendapan tanah dilaporkan berlaku di persimpangan Jalan Sri Hartamas 1 dan Jalan Dutamas 1 di sini, pada petang tadi.
Menurut kemas kini di laman Twitter Pusat Pengurusan Pengangkutan (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), susulan kejadian tersebut, kedua-dua laluan di lokasi berkenaan ditutup sepenuhnya kepada lalu lintas sementara kerja baik pulih dijalankan.
Jelas kenyataan itu lagi, pasukan polis Trafik, Warden Trafik DBKL serta Skuad Penyelamat DBKL turut berada di lokasi kejadian.
Selain itu, laluan kontra di laluan bertentangan turut dibuka buat sementara waktu bagi mengelakkan kesesakan.
Berdasarkan beberapa gambar yang dikongsi daripada sistem ITIS DBKL, kejadian dipercayai berlaku sekitar 5.30 petang.
Bagaimanapun, setakat ini punca dan tahap kerosakan jalan belum dapat dipastikan.

Jalan Mendap di persimpangan Jalan Sri Hartamas 1 / Jalan Dutamas 1. Sumber gambar dari Polis Trafik di lokasi. #kltu pic.twitter.com/DEaBtmQz9y

— ITIS DBKL (@ITIS_TRAFIK) October 20, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#ITIS DBKL #mendapan tanah #hujan lebat #Lembah Klang banjir
;