Tanah mendap di persimpangan Jalan Hang Tuah dan Jalan Imbi

Astro Awani
Julai 2, 2014 11:52 MYT
Sumber: Twitter/@ITISDBKL
Sebuah terowong bawah tanah yang dalam pembinaan runtuh apabila tanah ditapak pembinaan itu mendap di simpang empat Jalan Imbi.
Berdasarkan siasatan awal pihak bomba percaya kejadian berpunca akibat gerakan bawah tanah yang berlaku di kawasan berkenaan.
Ia dipercayai disebabkan laluan itu yang sering menampung kepadatan kenderaan yang banyak serta faktor pembinaan terowong.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata runtuhan tersebut ada kaitan dengan paip milik Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
Mendapan tanah itu mengakibatkan lubang besar berlaku di lampu isyarat simpang bersilang berhampiran kawasan pembinaan.
Myrapid KL telah mengeluarkan arahan perkhidmatan bas yang melalui laluan berkenaan dihentikan sementara waktu.
Disamping itu perkhidmatan monorel juga turut dihentikan.
Sementara itu, Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) berkata kejadian tersebut tiada kaitan sama sekali dengan Projek MRT dan laluan MRT Sungai Buloh – Kajang tidak melalui kawasan kejadian tersebut.
Pihak Bomba menerima panggilan tentang kejadian itu kira-kira 10.38 pagi tadi dan sebanyak12 jentera bomba dikejarkan ke lokasi kejadian.
Runtuhan berlaku sepanjang 19 meter jalan berkenaan.
Berikut adalah beberapa tweet yang dikongsi oleh ITIS, RapidKL dan orang ramai:

Bus update: Tanah mendap d jalan Pudu hala MR Hang Tuah. Laluan yg terlibat: U41,U40,U44,U45,U46,U49,U48,U411,U410, U432, U27,U47,U31,U32.

— RapidKL 03-78852585 (@MyRapidKL) July 2, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Info Tanah Mendap di Persimpangan Jalan Hang Tuah dan Jalan Imbi http://t.co/3dWZEZYdql #kltu pic.twitter.com/FOc8Z8TeOc

— ITIS DBKL (@ITISDBKL) July 2, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Info ITIS DBKL: 11.40pg Tanah mendap di Persimpangan Lampu isyarat Jalan Hang Tuah ke Jalan Imbi. Trafik ke (cont) http://t.co/SkFOrM8sdS

— ITIS DBKL (@ITISDBKL) July 2, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sinkhole at Jalan Imbi. pic.twitter.com/jNoRkPOTaP

— MDP Melissa Wong (@mlissawong) July 2, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

jalan mendap tu di persimpangan imbi... bahaya betul..monorel pondah berhenti gak... salah 1 tiang monorel kat jalan mendaptu...

— SitiFatimaHussin (@cteee23) July 2, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Klik sini untuk melihat galeri foto kejadian itu.
#Jalan Imbi #Monorail #tanah mendap
;