Tanah mendap di KM66.1 Lebuh Raya KL-Karak, laluan ditutup sementara
Astro Awani
Julai 25, 2023 22:53 MYT
Julai 25, 2023 22:53 MYT
KUALA LUMPUR: Laluan Lebuh Raya Kuala Lumpur - Karak arah timur dan barat ditutup sementara susulan kejadian tanah mendap di Kilometer 66.1 lebuh raya tersebut.
LPT dalam ciapan di Twitter memaklumkan para pengguna dari Kuantan ke Kuala Lumpur diarahkan keluar di Persimpangan Pekan Bentong Timir dan masuk semula di Pekan Bentong Barat.
Manakala bagi pengguna dari Kuala Lumpur ke Kuantan pula diarah keluar ke Persimpangan Pekan Bentong Barat dan masuk semula ke Pekan Bentong Timur.
Menurut jurucakap Lebuhraya KL-Karak, Nur Aishah Zaha, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.39 malam oleh pengguna yang melalui lebuh raya itu.
Katanya, buat masa ini, laluan di kilometer itu ditutup untuk laluan orang ramai.