Tanah mendap di Jalan Melati Utama sedang dibaik pulih - Datuk Bandar

Fauzi Suhaimi
Julai 27, 2020 03:00 MYT
Nor Hisham berkata pihaknya menerima maklumat itu kira-kira pukul 8.50 pagi tadi dan terus bergegas ke lokasi kejadian. -Foto Ihsan DBKL
Pengguna jalan raya yang melalui laluan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melati, di sini, terkejut apabila mendapati sebuah lubang besar terbentuk di tengah jalan di Jalan Melati Utama.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata pihaknya menerima makluman kejadian tanah mendap itu daripada orang awam kira-kira jam 8.50 pagi tadi dan anggotanya dikerahkan ke lokasi.
"Sebaik tiba di lokasi, didapati jalan berlubang sedalam dua meter dan panjang tiga meter berlaku di jalan tersebut.
"Tindakan memasang tali perintang dibuat untuk langkah-langkah keselamatan selain kerja-kerja membaik pulih lubang itu giat dilakukan," katanya kepada Astro AWANI, di sini, pada Isnin.
Nor Hisham berkata punca kejadian masih dalam siasatan.
#Astro #Astro Awani #DBKL #Dewan Bandaraya Kula Lumpur #Jalan Melati Utama #jalan taman melati #keselamatan #Kuala Lumpur #sekolah #Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melati #siasatan #tanah mendap