Tanah jerlus Masjid India: JKR diarah beri bantuan teknologi - Nanta

Bernama
Ogos 27, 2024 13:30 MYT
Walaupun kejadian berlaku di kawasan seliaan Jabatan Wilayah Persekutuan dan DBKL, namun kementerian sentiasa memberikan kerjasama memandangkan ia adalah kejadian bencana. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Kerja Raya (JKR) telah diarah memberikan bantuan sokongan teknologi bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini.

Ringkasan AI
  • Jabatan Kerja Raya (JKR) diarahkan untuk memberikan bantuan sokongan teknologi dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India.
  • Walaupun kejadian berlaku di kawasan seliaan Jabatan Wilayah Persekutuan dan DBKL, Kementerian Kerja Raya akan memberikan kerjasama penuh kerana ia adalah kejadian bencana.
  • Wanita warga India, Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter akibat insiden tanah jerlus ketika berjalan ke sebuah kuil berhampiran.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata walaupun kejadian tanah jerlus berlaku di kawasan seliaan Jabatan Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), namun kementerian sentiasa akan memberikan kerjasama memandangkan ia adalah kejadian bencana.
"Saya telah arahkan JKR supaya memberikan bantuan dari segi teknologi untuk menyokong seluruh pasukan (SAR) kerana kita mempunyai kepakaran," katanya ringkas dalam audio yang dikongsikan kepada media hari ini.
Pada Jumaat lepas, wanita warga India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India.
Mangsa yang berada di negara ini bersama keluarga untuk melancong, dilaporkan sedang berjalan di kawasan berkenaan untuk ke sebuah kuil berhampiran bagi bersarapan sebelum kejadian itu berlaku.
-- BERNAMA
#tanah jerlus #Masjid India #Alexander Nanta Linggi #JKR