Tanah jerlus: Laluan sekitar Jalan Masjid India ditutup kepada semua kenderaan

Madiha Abdullah
Ogos 28, 2024 16:15 MYT
Laluan sepanjang kira-kira 300 meter itu dipasang pita keselamatan, dengan anggota Rela bertugas bagi mengawal keadaan. -Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Laluan sekitar Jalan Masjid India, di sini, ditutup kepada semua kenderaan hari ini.
Ia berikutan satu lagi insiden tanah mendap di kawasan tersebut yang dilapor berlaku jam 2.30 pagi tadi susulan hujan lebat.
Tinjauan mendapati laluan sepanjang kira-kira 300 meter dipasang pita keselamatan, dengan anggota Rela bertugas bagi mengawal keadaan.
Terdahulu, Astro AWANI melaporkan mendapan baharu berlaku kira-kira 50 meter dari lokasi insiden minggu lalu.
Kejadian pada Jumaat lalu itu menyebabkan seorang wanita warga India hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di Jalan Masjid India.
Operasi mencari mangsa tanah jerlus masuk hari keenam hari ini.
#tanah jerlus #Masjid India #laluan ditutup #larangan masuk ke lokasi
;