KUALA LUMPUR: Semua pihak diminta supaya tidak memanipulasikan isu pemilikan tanah rizab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kamunting, Perak, sehingga boleh mengelirukan masyarakat.
Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Saaduddin berkata PDRM telah selesai membuat siasatan ke atas kes pemilikan tanah rizab itu yang merupakan berek kelamin dan rumah ketua polis balai di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping kepada sebuah organisasi gereja.
Beliau berkata hasil siasatan mendapati tiada unsur penipuan terhadap status tanah rizab tersebut dan kes itu diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).
"Siasatan mengenai status tanah menunjukkan tanah di lot 784 merupakan tanah milik The Titular Roman Catholic Bishop of Melaka sejak 1883.
"Laporan polis yang dibuat oleh IPD Taiping sebelum ini adalah bertujuan bagi mengenal pasti status pemilikan tanah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Khamis lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilapor berkata Pengarah Pendakwaan Negeri Perak memutuskan kes penukaran hak milik tanah rizab PDRM di Kamunting, Perak kepada sebuah organisasi gereja di Melaka, diklasifikasikan sebagai NFA susulan laporan polis IPD Taiping berhubung kes tukar milik tanah lot 784 di Kamunting, Taiping, dibuat tanpa pengetahuan.
Pada 30 April lepas, satu portal berita tempatan memetik sumber melaporkan, sebidang tanah rizab PDRM di Kamunting, ditukar hak milik kepada sebuah organisasi gereja di Melaka tanpa pengetahuan.
Menurut laporan itu, penukaran tanah milik PDRM itu terbongkar selepas polis menerima surat daripada sebuah syarikat peguam yang mewakili pihak gereja pada 14 April lepas, yang menuntut hak milik tanah seluas 0.55 hektar di Mukim Kamunting.
Susulan itu, IPD Taiping membuat satu laporan polis pada 20 April untuk menyiasat status milikan tanah berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 10 2023

Noorsiah berkata hasil siasatan mendapati tiada unsur penipuan terhadap status tanah rizab tersebut dan kes itu diklasifikasikan sebagai NFA. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kuarters, rumah ketua balai polis atas tanah gereja di Kamunting akan diroboh
Tanah rizab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di lot 784 di Kamunting, Taiping telah dimiliki The Titular Roman Catholic Bishop of Melaka sejak tahun 1883, kata Ketua Polis Perak.