Tan Sri Mohd Rashdan Baba meninggal dunia
Astro Awani
Mac 30, 2020 12:52 MYT
Mac 30, 2020 12:52 MYT
Bekas Naib Canselor Universiti Pertanian Malaysia (sekarang Universiti Putra Malaysia), Profesor Emeritus Tan Sri Mohd Rashdan Baba meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri, pada 6.59 pagi Isnin.
Astro AWANI difahamkan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, di sini.
Anak jati Kampung Berkat, Chembong, Rembau, Negeri Sembilan itu merupakan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) yang pertama.
Allahyarham, 85 tahun, merupakan ketua murid pertama di Government English School Tampin, Tampin dan sehingga kini namanya terpapar di papan tanda dewan sekolah tersebut.
Rashdan dianugerahkan gelaran Profesor Emeritus daripada UPM pada 14 Ogos 1982 dan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang UKM pada 3 Julai 1999.
Allahyarham dikenali sebagai juga ikon, tokoh pendidik dan ahli korporat yang berjaya menerima Ijazah Kehormat Doctor of Science dari University of Reading dan Doctor of Law dari University of Leeds.
#akademik
#Chembong
#Government English School Tampin
#ikon
#Kampung Berkat
#Mohd Rashdan Baba
#Negeri Sembilan
#pendidikan
#Rembau
#UKM
#Universiti Kebangsaan Malaysia
#Universiti Pertanian Malaysia
#UPM