Tan Sri, dua individu direman kes pembangunan tanah milik kuil

Bernama
Mac 5, 2019 19:22 MYT
Kuil Sri Mahamariamman Devasthanam di Jalan Bandar, Kuala Lumpur. - BERNAMA/Fail
Seorang individu bergelar 'Tan Sri' yang juga anggota pengurusan tertinggi sebuah kuil di Batu Caves, direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung pembangunan sebidang tanah milik Kuil Sri Mahamariamman Devasthanam di Jalan Bandar, Kuala Lumpur.
Turut direman bagi tempoh sama ialah dua individu lain yang dipercayai mempunyai kaitan dengan siasatan itu.
Majistret Nik Muizuddin Nik Muhammad memerintahkan tiga individu itu ditahan sehingga Khamis ini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.
Sumber SPRM memberitahu penahanan itu adalah susulan serbuan ke atas rumah 'Tan Sri' berkenaan petang semalam selain penggeledahan yang dilakukan di pejabat pengurusan kuil di Batu Caves. -- Bernama
#Batu Caves #SPRM #Sri Mahamariamman Devasthanam #Tan Sri #tanah kuil
;