Tambang kapal terbang murah dan skala kemiskinan antara fokus Dewan Rakyat
Bernama
Oktober 15, 2019 07:56 MYT
Oktober 15, 2019 07:56 MYT
Langkah kerajaan untuk menggalakkan penerbangan tambang murah sama ada daripada syarikat tempatan atau antarabangsa supaya rakyat Malaysia boleh menikmati tambang kapal terbang yang lebih ekonomik dijangka mencuri tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Dalam aturan mesyuarat yang dikeluarkan laman web Parlimen, hal tersebut dibangkitkan Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera) pada soalan pertama sesi soal jawab lisan untuk dijelaskan Kementerian Pengangkutan.
Tidak kurang menariknya soalan daripada Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS-Kubang Kerian) yang meminta Kementerian Hal Ehwal Ekonomi menyatakan kedudukan semasa kadar kemiskinan di Malaysia.
Turut mencuri tumpuan adalah soalan Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) yang meminta penjelasan kementerian sama berkaitan pecahan jumlah aset negara yang telah dijual.
Sesi tersebut yang dijangka berakhir kira-kira 12 tengah hari pula bersambung kepada perbahasan berkaitan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 berkenaan Belanjawan 2020 yang masuk hari ketiga selepas membuka tirainya pada Isnin.
Sesi persidangan Dewan Rakyat kali ini dijadual berlangsung sehingga 5 Dis.
-- BERNAMA
#aset negara
#Belanjawan 2020
#Dewan Rakyat
#ekonomik
#Kadar kemiskinan
#kapal terbang
#Parlimen
#penerbangan
#tambang murah
#Tuan Ibrahim Tuan Man
#Wee Ka Siong
#Wong Hon Wai