GEORGE TOWN: Kadar tambang perkhidmatan feri baharu di Pulau Pinang yang akan dikenakan kepada penumpang berkuat kuasa esok bermula pada harga serendah RM1 hingga RM2.50 sehala.
Penang Port Sdn Bhd (PPSB) selaku syarikat pengendali perkhidmatan tersebut dalam kenyataan hari ini memaklumkan tambang RM1 itu akan dikenakan kepada individu atau pejalan kaki yang berusia 12 tahun ke bawah manakala penumpang dewasa atau individu berusia 12 tahun ke atas sebanyak RM2.
"Penunggang basikal yang menaiki feri juga akan dikenakan caj sebanyak RM2 manakala penunggang motosikal sebanyak RM2.50.
"Bayaran tambang itu dikenakan di kedua-dua terminal di Pangkalan Raja Tun Uda di bahagian pulau dan Pangkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth iaitu untuk masuk ke bahagian atau keluar ke bahagian pulau negeri ini," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan tambang feri baharu itu mencerminkan komitmen dan usaha PPSB ke arah penambahbaikan berterusan untuk semua penumpang di samping menyokong peningkatan kemudahan perkhidmatan feri.
PPSB memaklumkan matlamat pihaknya adalah untuk menyediakan perjalanan yang selamat, mudah serta menyeronokkan untuk semua orang dan perubahan berkenaan memainkan peranan penting dalam mencapai objektif tersebut.
Menurut kenyataan itu, PPSB juga akan memperkenalkan pas bulanan bermula esok yang menawarkan diskaun kepada pengguna feri.
"Inisiatif ini secara tidak langsung bertujuan memberikan nilai tambah dan kemudahan kepada pengguna setia kami," menurut PPSB.
Sebelum ini, orang ramai diberi peluang untuk merasai sendiri perkhidmatan feri baharu yang beroperasi secara ulang-alik di Pangkalan Sultan Abdul Halim dan Pangkalan Raja Tun Uda secara percuma selama sebulan bermula 7 Ogos lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 06 2023
Kadar tambang perkhidmatan feri baharu di Pulau Pinang yang akan dikenakan kepada penumpang berkuat kuasa esok bermula pada harga serendah RM1 hingga RM2.50 sehala. -Gambar fail/Bernama
Jiwa SME: Perniagaan tempatan dalam talian kuasai pasaran antarabangsa
Berkat Pay Sdn Bhd memulakan perniagaannya dengan menawarkan kelas agama secara percuma kepada orang ramai, sebelum memperluaskan perniagaannya dengan menerbitkan buku keagamaan. Dalam tempoh dua tahun, syarikat ini berjaya memasarkan buku- buku tersebut ke peringkat antarabangsa sehingga jualannya melebihi 1 juta unit.
Ringgit diunjur kukuh ke RM4.55, FBM KLCI berpotensi capai 1, 735
Pada Jumaat minggu lepas, ringgit mencapai paras tertinggi dalam sehari pada RM4.6630 berbanding dolar AS. Keadaan ini menimbulkan persoalan sama ada ia akan berterusan dan memberi kelebihan kepada pasaran saham Malaysia.
Kupasan lanjut bersama Ketua Penyelidikan Pelaburan, UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan.
Kupasan lanjut bersama Ketua Penyelidikan Pelaburan, UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan.
Apa persepsi pelabur pasca penarafan menaik oleh JP Morgan?
JP Morgan menukar penarafan Malaysia kepada 'neutral' bernaidng 'underweight' sebelum ini. Apakah maknanya kepada pelabur ketika ini? Adakah ia mencerminkan keyakinan yang akan kembali pulih?
Kadar kebolehpasaran graduan Kolej KEDA meningkat kepada 98.5 peratus
Kolej KEDA berjaya melahirkan pekerja berkemahiran khususnya dari kawasan luar bandar untuk memenuhi keperluan industri masa kini.
AWANI Pagi: Diskriminasi OKU dalam pekerjaan
Diskusi 8.30 pagi Isnin bersama Beatrice Leong / Autistik, Aktivis dan Pengasas AIDA (Persatuan Kesejahteraan Autisme) dan Miza Marsya Roslan / Wakil Spinal Muscular Atrophy Malaysia (SMAM) & Malaysian Rare Disorders Society (MRDS) membincangkan mengenai bentuk-bentuk diskriminasi ke atas OKU dalam pekerjaan yang dilaporkan masih berlaku sehingga hari ini.
28 tahun lalu beraksi di Heriot-Watt, kini Nicol Pro-Canselor universiti kampus Malaysia
Nicol, yang telah menggantung raketnya pada 2019, dilantik menjadi Pro-Canselor Universiti Heriot-Watt Malaysia, pada Ahad.
Sehari selepas cubaan bunuh, Donald Trump tiba di Milwaukee
Pesawat Trump mendarat sehari sebelum acara empat hari itu bermula, disambut ribuan penyokong dalam kalangan ahli Parti Republikan.
SRG menang, Ahmad Zahid ikrar komitmen bangun industri sukan digital
Sebagai Pengerusi Pembangunan Belia dan Sukan, Zahid berjanji memberi komitmen penuh dalam membangunkan industri sukan digital ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [15 Julai 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
- Lagi kes termakan makanan beracun, remaja nyaris maut di Kemaman
- FBI kenal pasti suspek penembak Trump sebagai Thomas Matthew Crooks
- Lagi kes termakan makanan beracun, remaja nyaris maut di Kemaman
- FBI kenal pasti suspek penembak Trump sebagai Thomas Matthew Crooks
Dasar pendidikan digital, BUDI MADANI antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Ahmad Johnie akan bertanyakan Menteri Pendidikan berkaitan jumlah guru terlatih untuk mengaplikasikan teknologi digital di Sarawak.
Hampir 100 motosikal disita dalam operasi samseng jalanan di Pulau Pinang
Operasi tersebut dijalankan oleh polis dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Pulau Pinang dan JSPT Bukit Aman.
Balik Pulau jadi 'syurga' durian dengan lebih 30 variasi
Balik Pulau sememangnya terkenal sebagai syurga durian dalam kalangan penggemar raja buah itu.
Projek air: 1,500 juta liter sehari lebih daripada mencukupi - Chow
Chow Kon Yeow berkata unjuran tersebut adalah lebih daripada mencukupi untuk keperluan di utara Perak dan Pulau Pinang.
'Trash4Cash' cara mudah tukar 'sampah' kepada wang
Pusat kitar semula pandu lalu automatik Trash4cash yang pertama dibuka di Seberang Perai membolehkan orang ramai menukar bahan kitar semula dengan wang secara mudah.
CAP gesa penguatkuasaan tanda harga lebih ketat
Tinjauan CAP di seluruh negeri mendapati tahap ketidakpatuhan peniaga terhadap keperluan meletakkan tanda harga masih meluas.
Denggi: Jabatan Kesihatan serbu rumah warga asing di Pulau Pinang
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) mengambil tindakan drastik memeriksa rumah yang disewakan kepada warga asing di sekitar Machang Bubok.
Polis serbu makmal, rampas dadah RM4.6 juta
Polis berjaya membongkar makmal memproses dan mengedar dadah di rumah sewa di Pulau Pinang selepas menahan seorang lelaki Jumaat lepas.
Polis Pulau Pinang tingkat kawalan susulan kejadian ceroboh balai, cuba rampas senjata
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, semua anggota bertugas diminta sentiasa berwaspada terhadap sebarang kemungkinan.
Lelaki ceroboh, serang anggota di Balai Polis Dato' Keramat cuba rampas submesingan
Cubaan seorang lelaki merampas senjata submesingan jenis HK MP5 milik seorang anggota polis di Balai Dato' Keramat di sini, gagal selepas dia berjaya ditangkap pada pagi Ahad.
Lelaki ceroboh, serang anggota di Balai Polis Balai Dato' Keramat ditahan
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menyerang anggota polis di Balai Polis Dato' Keramat, George Town pada Ahad.