GEORGE TOWN: Para nelayan yang menyokong projek Tambakan Pulau Pinang Selatan (PSI) kekal dengan pendirian mereka bahawa projek mega itu akan mendatangkan banyak manfaat kepada generasi akan datang dari segi meningkatkan taraf kehidupan dan menjana peluang pekerjaan.
Lye Phaik Soon, 56, yang bekerja sebagai nelayan di Teluk Kumbar berkata beliau telah menyokong projek ini sejak mula lagi kerana ia merupakan peluang yang baik untuk generasi muda mendapatkan pekerjaan yang tetap dan stabil seperti di sektor perkilangan.
"Apabila projek ini siap dan terbinanya kilang, ini sangat bermanfaat kepada anak muda kerana selain pendapatan terjamin, mereka juga dapat mencarum dalam EPF. Kalau mahu teruskan dengan pekerjaan nelayan, sudah tentu ada pasang surutnya dengan hasil laut yang tidak menentu.
"Tanpa bantuan kerajaan negeri seperti subsidi minyak diesel dan petrol serta bantuan pukat, agak susah untuk para nelayan meneruskan kehidupan ketika ini," katanya kepada Bernama.
PSI merupakan projek pembangunan tiga pulau buatan seluas 4,500 ekar dan merupakan sebahagian daripada Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang.
Lye, yang telah berkahwin dan mempunyai lima orang anak itu berkata para nelayan yang menyatakan sokongan mereka terhadap Projek PSI seolah-olah akan 'dihukum' oleh ketua unit dan Persatuan Nelayan Kawasan dengan merumitkan proses pembaharuan lesen serta tidak mendapat bayaran Elaun Sara Hidup Nelayan.
Mengalami nasib yang sama, Zazali Sirun, 55, berkata beliau bekerja sebagai tekong selama 20 tahun dan tidak pernah mengalami masalah dalam memperbaharui lesennya sehingga tahun ini selepas menyatakan sokongan terhadap Projek PSI.
"Lesen saya tamat tempoh 22 April 2023. Pihak unit dan persatuan enggan membantu saya memperbaharui lesen saya atas alasan saya sokong projek tambak laut. Salahkah saya menyokong projek kerajaan negeri sedangkan saya anak jati Pulau Pinang?
"Didakwa lebih 400 nelayan disenaraihitamkan oleh persatuan dan kami dinafikan daripada memperbaharui lesen. Tapi Alhamdulillah, pihak Pusat Perkhidmatan Setempat Nelayan telah membantu saya memperbaharui lesen dengan Jabatan Perikanan," katanya.
Beliau yang merupakan nelayan di kawasan Permatang Damar Laut, turut berterima kasih kepada kerajaan negeri dalam usaha mereka menaik taraf nelayan di Pulau Pinang dengan memberi bot berukuran 27 kaki, enjin berkapasiti 90 kuasa kuda serta peralatan lengkap bernilai RM80,000 bagi setiap nelayan yang berdaftar.
Mengenai dakwaan projek tambak ini akan melenyapkan hasil laut dan memusnahkan terumbu karang, Zazali berkata kawasan tambak yang dirancang oleh kerajaan negeri tidak mempunyai terumbu karang semula jadi.
"Tiada satu pun terumbu karang semula jadi di kawasan tambakan ini. Saya harap masyarakat terutamanya komuniti nelayan tidak akan keliru dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak yang tidak bersetuju dengan projek ini," katanya.
Sementara itu, Haris Abdullah, seorang nelayan berumur 63 tahun di kawasan Sungai Batu, berpegang kepada prinsip bahawa selagi ada arus, hidupan laut akan terus membiak dan tidak akan pupus.
Tambahnya bahagian selatan ini bukanlah projek tambak pertama di Pulau Pinang, malah, bahagian timur dan utara negeri telah ditambak terlebih dahulu namun tiada nelayan di kawasan terbabit mengeluh kehilangan punca pendapatan.
Bersetuju dengan sentimen ini, nelayan wanita Fajinah Jaafar, 62, mengimbau semasa Jambatan Kedua Pulau Pinang dirancang untuk didirikan di mana beliau merupakan salah seorang yang menolak projek tersebut atas alasan bakal mengganggu hidupan laut.
"Apabila jambatan didirikan, tiga tahun kemudian di kawasan itulah para nelayan boleh mendapat hasil yang tinggi terutamanya udang sehingga 30 kilogram. Kalau itulah contoh apabila jambatan didirikan, tidak mungkin lain kejadiannya apabila pulau dibina," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 04 2023
![Tambak laut: Projek PSI banyak manfaat kepada generasi akan datang - Nelayan Tambak laut: Projek PSI banyak manfaat kepada generasi akan datang - Nelayan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41683171077_TBprojekpsi.jpg)
Sebahagian nelayan menyifatkan projek itu merupakan peluang yang baik untuk generasi muda mendapatkan pekerjaan yang tetap dan stabil seperti di sektor perkilangan. - Gambar fail
![Bakar rumah penduduk, berang ditegur bercinta dengan isteri orang Bakar rumah penduduk, berang ditegur bercinta dengan isteri orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723704773_TBkebakaran.jpg)
Bakar rumah penduduk, berang ditegur bercinta dengan isteri orang
Kejadian bermula apabila penduduk melaporkan hubungan terlarang lelaki itu kepada suami wanita tersebut.
![Platform media sosial perlu letak tanda 'notis AI' dalam setiap kandungan AI dimuat naik - Fahmi Platform media sosial perlu letak tanda 'notis AI' dalam setiap kandungan AI dimuat naik - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723708198_TBFAhmi.jpg)
Platform media sosial perlu letak tanda 'notis AI' dalam setiap kandungan AI dimuat naik - Fahmi
Platform media sosial dikehendaki meletakkan notis 'Kecerdasan Buatan (AI)' dalam setiap kandungan AI yang dimuat naik.
![Wajah, suara disalah guna 'scammer', Khairul Aming beri peringatan Wajah, suara disalah guna 'scammer', Khairul Aming beri peringatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723702833_TBKhairulAming.jpg)
Wajah, suara disalah guna 'scammer', Khairul Aming beri peringatan
Khairul Aming meluahkan kebimbangan apabila pihak tidak bertanggungjawab menggunakan wajah dan suaranya untuk menjual barangan kepada golongan berusia.
MBSB Bank bekerjasama dengan INSKEN, MAIJ lancar program untuk komuniti asnaf
Program tersebut bertujuan untuk mentransformasikan kewangan sosial Islam dengan memperkasakan individu dalam komuniti asnaf melalui latihan intensif, sokongan kewangan dan bimbingan berterusan.
![Buli siber: Sophia Albarakbah kumpul bukti Buli siber: Sophia Albarakbah kumpul bukti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723696968_SophiaAlbarakbah.jpg)
Buli siber: Sophia Albarakbah kumpul bukti
Aktres Sophia Albarakbah kini giat mengumpul bukti untuk mengheret pihak tidak bertanggungjawab termasuk pembuli siber ke muka pengadilan.
![Suri rumah dilaporkan hilang, ditemui mati dibunuh dalam bilik Suri rumah dilaporkan hilang, ditemui mati dibunuh dalam bilik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723706198_TBsurirumahmaut.jpg)
Suri rumah dilaporkan hilang, ditemui mati dibunuh dalam bilik
Seorang wanita yang sebelum ini dilaporkan hilang ditemui meninggal dunia disyaki dibunuh dalam bilik tidur rumahnya di Indera Mahkota di sini pada petang Rabu.
![Faisal Halim bukti 'pendekar' sejati - Irfan Bakti Faisal Halim bukti 'pendekar' sejati - Irfan Bakti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723294016_FaisalHalim.jpg)
Faisal Halim bukti 'pendekar' sejati - Irfan Bakti
Faisal Halim layak dilabel pejuang sejati apabila mampu bangkit walaupun berdepan trauma selepas menjadi mangsa simbahan asid pada Mei lalu.
![Polis mohon bantuan kesan Raisya Rasyiqah Polis mohon bantuan kesan Raisya Rasyiqah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723705839_TBHilang.jpg)
Polis mohon bantuan kesan Raisya Rasyiqah
Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang di Beranang, Selangor.
![Simbah cat merah, orang suruhan ah long didenda RM3,000 Simbah cat merah, orang suruhan ah long didenda RM3,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723705134_TBAhLong.jpg)
Simbah cat merah, orang suruhan ah long didenda RM3,000
Seorang orang suruhan ah long mengaku bersalah atas pertuduhan menyimbah cat merah di rumah keluarga peminjam, Januari lalu.
![Latihan berstruktur sektor ekonomi digital berjaya stabilkan pendapatan, perniagaan asnaf Latihan berstruktur sektor ekonomi digital berjaya stabilkan pendapatan, perniagaan asnaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723705177_TBMyREF.jpg)
Latihan berstruktur sektor ekonomi digital berjaya stabilkan pendapatan, perniagaan asnaf
Lebih daripada 30 asnaf bersama ahli keluarga mereka telah diraikan di Majlis Graduasi MyREF Hijrahpreneur Skills Program (MyREF HSP) di Auditorium High Impact Research, Universiti Malaya.
![Ada keputusan tidak direkod dalam minit mesyuarat 1MDB demi melindungi Najib - Shahrol Azral Ada keputusan tidak direkod dalam minit mesyuarat 1MDB demi melindungi Najib - Shahrol Azral](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/61569913740_TBMDB.jpg)
Ada keputusan tidak direkod dalam minit mesyuarat 1MDB demi melindungi Najib - Shahrol Azral
Ada keputusan 1MDB yang tidak direkod dalam minit mesyuarat demi 'melindungi' Najib Tun Razak dari musuh politik.