Tambah baik PdPR, ini 5 perkara perlu diberi perhatian oleh Menteri Pendidikan

Umavathi Ramayah
Ogos 27, 2021 17:24 MYT
Walaupun kaedah PdPR kini menjadi norma baharu dalam sistem pendidikan negara, realiti sebenar adalah pelajar dan guru masih menghadapi pelbagai kekangan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sudah lebih setahun dunia dilanda COVID-19 dan tidak dapat dinafikan antara yang paling terjejas adalah pelajar sekolah yang tidak dapat menjalani sesi persekolahan secara bersemuka seperti biasa.
Walaupun kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) kini menjadi norma baharu dalam sistem pendidikan negara, realiti sebenar adalah pelajar dan guru masih menghadapi pelbagai kekangan.
Dengan pelantikan semula Datuk Radzi Jidin sebagai Menteri Pendidikan, banyak pihak terutama pakar dan aktivis pendidikan, menaruh harapan tinggi isu-isu yang timbul sebelum ini dapat diatasi dengan berkesan.
Ini antara lima perkara mereka mahu segera diselesaikan:
1. Hampir 36 peratus atau 1.8 juta pelajar tiada akses pembelajaran dalam talian disebabkan pelbagai faktor.
2. Kementerian Pendidikan perlu meningkatkan usaha mengenal pasti dan menangani peratusan pelajar dan guru yang berdepan masalah kesihatan mental serta lesu upaya (burnout).
3. Kerajaan perlu memikirkan model pembelajaran hibrid iaitu gabungan antara pembelajaran secara dalam talian dan bersemuka.
4. Manual dan modul di pelbagai peringkat pendidikan perlu sentiasa disemak dan dinilai keberkesanannya bagi memastikan sistem pendidikan negara ini lebih maju dan bersifat futuristik dan bukan hanya terhad ketika tempoh pandemik COVID-19 sahaja.
5. Menggantikan komputer riba dengan buku teks, bermakna setiap pelajar akan dibekalkan dengan komputer terutamanya kepada golongan B40.
#Kementerian Pendidikan #Radzi Jidin #sistem pendidikan #isu pendidikan
;