Taman tema MAPS akhirnya tutup
Abd Razak Mohd Ali
Januari 28, 2020 15:40 MYT
Januari 28, 2020 15:40 MYT
Selepas beberapa berita mengenainya disiarkan media, taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) di sini akhirnya ditutup mulai hari ini.
Taman tema yang dibangunkan dengan kos RM520 juta, ditutup sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Notis penutupan itu dikeluarkan oleh The Receiver and Manager Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP), daripada Messrs Ernst & Young.
Menurut notis itu, segala kesulitan akibat penutupan MAPS amat dikesali.
Pada 4 Disember lalu, media tempatan melaporkan bahawa Affin Investment melantik Datuk Duar Tuan Kiat dari Messrs Ernst & Young sebagai penerima dan pengurus hartanah milik ATP, yang juga operator MAPS.
MAPS dibuka kepada orang ramai pada Jun 2017.