Taman tema air dibuka? Ini lima perkara anda perlu tahu dalam sidang media PKPP
Rahimah Abdullah
Jun 29, 2020 14:46 MYT
Jun 29, 2020 14:46 MYT
Kebenaran operasi Taman Tema Air adalah antara pengumuman dibuat Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Sidang Media Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.
Ini lima perkara yang anda perlu tahu:
1.65 individu ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ditahan. 36 orang daripadanya direman dan 29 lagi dikompaun.
2. Pengecualian bayaran saringan COVID-19 diberikan kepada Orang Kelainan Upaya (OKU), pegawai kerajaan yang kembali dari luar negara atas tugasan rasmi, dan pelajar Malaysia dari luar negara yang pulang kali pertama dikecualikan.
3. Saringan suhu badan perlu dilakukan sekali sahaja iaitu di pintu masuk utama pusat membeli-belah.
4. Taman Tema termasuk taman tema air dibenarkan beroperasi bermula 1 Julai 2020.
5. Kerajaan benarkan jumlah tetamu tidak melebihi 250 orang pada satu-satu masa bagi
Majlis Perkahwinan dan Akad Nikah di masijd,dewan ,rumah dan sebagainya.
#air
#COVID19
#ismail sabri yaakob
#kerajaan
#keselamatan
#koronavirus
#Malaysia
#Media
#menteri
#OKU
#operasi
#pelajar
#perintah kawalan pergerakan
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#perkahwinan
#PKPP
#rumah