Taman Tema Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) dibuka semula hari ini setelah ditutup sejak 28 Sept lalu berikutan kes jangkitan gastroentritis akut (AGE) dan Rotavirus.
Pengurus Besar BMLR Kamal Hussein berkata pihaknya telah melakukan pelbagai kerja pembersihan, penambahbaikan paip dan sistem penapisan di semua kolam sepanjang penutupan operasi.
Katanya semua kolam di taman tema resort itu telah diganti dengan air baharu dan pihak pengurusan turut menambah baik sistem penapisan serta penyelaras pam.
"Selain itu, kami juga sentiasa melaksanakan penyelenggaraan berkala seperti proses pengklorinan air iaitu empat kali sehari dan merekodkan bacaan tahap klorin," katanya ketika dihubungi di sini.
Katanya sepanjang penutupan operasi dan siasatan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perak, pihak BMLR telah memberi kerjasama penuh kepada Kementerian Kesihatan dan mengikut semua arahan ditetapkan.
"Sampel air telah diambil di tujuh lokasi dalam taman tema air bagi memastikan taman itu selamat dikunjungi dan bebas daripada wabak," katanya.
Kamal berkata pembukaan semula operasi taman tema itu turut disertakan dengan tarikan baharu kepada pengunjung iaitu Gelembung Besar Gergasi.
Selain itu turut ditawarkan promosi tiket mulai hari ini hingga 3 Nov ini iaitu pada harga RM18 berbanding RM38 untuk dewasa dan RM22 bagi kanak-kanak sebelum ini.
Sebanyak 70 kes AGE dilaporkan di Kedah, Pulau Pinang dan Perak dengan 54 daripadanya positif Rotavirus selepas penghidapnya dikesan mengunjungi taman tema itu pada 24 Sept lepas. -- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 26 2016

Semua kolam di taman tema resort itu telah diganti dengan air baharu dan pihak pengurusan turut menambah baik sistem penapisan serta penyelaras pam. - Gambar BMLR

Projek LCS: Bekas Pengarah Urusan BNS lepas tanpa bebas tuduhan pecah amanah RM21 juta
Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan bekas Pengarah Urusan BNS, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, daripada tiga pertuduhan pecah amanah berhubung projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Kuwait kutuk Israel sekat elektrik ke Gaza
Kuwait mengutuk tindakan Israel menyekat bekalan tenaga elektrik ke Semenanjung Gaza dan sifatkan ia sebagai hukuman kolektif terhadap rakyat Palestin.
Singapore Airlines larang guna, cas power bank mulai 1 April
Singapore Airlines akan mula menguatkuasakan polisi larangan menggunakan dan mengecas bank kuasa dalam pesawat bermula 1 April.

Penganggur, ibu tunggal mengaku siar video pertubuhan Geng 36, Geng 04
R Elaango didenda RM3,500 atau penjara dua bulan, manakala Tan Lee Sim didenda RM2,000 atau penjara enam bulan.
Kastam rampas mercun dan bunga api stok musim perayaan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api bernilai RM225,343.30 seberat 7,818 kilogram menerusi dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat, Nibong Tebal.

Singapore Airlines larang penggunaan, pengecasan bank kuasa mulai 1 April
Pelanggan Singapore Airlines tidak akan dibenarkan menggunakan bank kuasa atau mengecasnya melalui port USB dalam pesawat berkuat kuasa 1 April.
Pensyarah UiTM Jasin maut dalam nahas jalan raya
Seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin, maut dalam nahas di Jalan Dato Mulia, Jasin pada Selasa. Mangsa yang menunggang motosikal merempuh belakang sebuah lori yang membuat pusingan U secara tiba-tiba dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. #AWANInews
Polis terima maklumat baharu berhubung kes Zayn Rayyan
Maklumat terkini mengenai kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, yang melibatkan satu pautan video telah diterima pihak polis. #AWANInews
Bukan hanya trio DJ ERA FM, rakyat juga perlu jadi ejen perpaduan - PM
Dalam usaha menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, agama, kaum, dan bangsa, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya peranan setiap individu sebagai ejen perpaduan.
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.

Mesir: Menara bersejarah di Saladin Citadel dibuka semula kepada pengunjung
Dua menara di Saladin Citadel, satu daripada mercu tanda terkenal di ibu negara Mesir dibuka kepada orang ramai pada Ahad selepas menjalani kerja-kerja pemulihan, lapor Xinhua.

Jalan Kuantan-Segamat Seksyen 102 kembali dibuka
Laluan FT012, Jalan Kuantan-Segamat Seksyen 102 yang ditutup kepada semua kenderaan akibat jalan mendap sejak 7 Januari lalu telah dibuka semula pada Sabtu.

'Kafe Harry Potter' akan dibuka semula
Kafe Elephant House satu daripada beberapa hartanah yang rosak teruk dalam kebakaran di Jambatan George IV di Edinburgh pada Ogos 2021.

Jalan Balik Pulau-Teluk Bahang dijangka buka semula Disember
Laluan jalan raya FT006 Jalan Balik Pulau-Teluk Bahang, Daerah Barat Daya, dijangka buka pada Disember tahun ini.

PICKids: Pemberian vaksin dibuka 5 hari bermula esok
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) akan dibuka selama lima hari mulai esok.

Bangkok dibuka kepada pengunjung lengkap vaksinasi
Ia antara usaha yang diambil kerajaan untuk menyelamatkan industri pelancongan yang teruk terjejas akibat wabak itu.

Pawagam sedia kembali beroperasi, penerima vaksinasi lengkap saja dibenarkan masuk
Pengunjung dan kakitangan pawagam perlu mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa sepanjang berada di kawasan tersebut.

Buka semula pusat kecergasan dan sukan bagi individu lengkap divaksin - Radhakrishnan
Radhakrishnan berkata langkah tersebut perlu demi kesihatan fizikal dan mental masyarakat di samping membantu menangani isu pengangguran.

Singapura buka semula kelulusan masuk kepada pemegang pas kerja lengkap divaksin mulai 10 Ogos
Pemegang pas kerja yang layak dan tanggungannya mestilah sudah lengkap divaksin sebelum tiba di Singapura.

Muzium PDRM kini dibuka semula kepada orang awam - Ketua Polis Negara
Pembukaan semula muzium itu dibuat selepas kerja naik taraf bangunannya siap sepenuhnya pada 28 Jan lepas, setelah ditutup semasa PKP pada Mac 2020.