Taman Tasik Titiwangsa ditutup sementara pada Khamis

Bernama
September 9, 2020 11:50 MYT
Taman Tasik Titiwangsa akan ditutup sementara bermula 6.30 pagi hingga 2 petang, Khamis. - Bernama
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup sementara Taman Tasik Titiwangsa bermula 6.30 pagi hingga 2 petang, esok (Khamis, 9 September).
DBKL dalam kenyataan memaklumkan penutupan itu dibuat bagi melaksanakan Operasi Menembak Gagak.
"Sepanjang tempoh operasi itu dijalankan, taman ini akan ditutup kepada orang awam," menurut kenyataan itu, hari ini.
Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati sewaktu berada di kawasan itu semasa operasi dilaksanakan.
#DBKL #gagak #Operasi Menembak Gagak #pengunjung #taman rekreasi #Taman Tasik Titiwangsa
;