Taman Tasik Metropolitan Kepong ditutup tiga hari

Bernama
Mei 10, 2021 16:32 MYT
Menurut hantaran Facebook DBKL, penutupan aktiviti sukan dan rekreasi di kawasan itu juga susulan pelaksanaan sistem HIDE. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup Taman Tasik Metropolitan Kepong selama tiga hari bermula semalam hingga esok selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan.
Menurut hantaran Facebook DBKL, penutupan aktiviti sukan dan rekreasi di kawasan itu juga susulan pelaksanaan sistem Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE).
"Pihak DBKL juga akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi arahan ini," demikian menurut hantaran itu.
DBKL berkata sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Sumber Facebook dbkl2u
Kerajaan sebelum ini mengumumkan premis termasuk bazar Ramadan yang disenaraikan di bawah sistem HIDE sebagai lokasi berisiko COVID-19 dalam penularan virus itu akan diarahkan tutup selama tiga hari.
-- BERNAMA
#Taman Tasik Metropolitan Kepong #DBKL #Hospot Identification for Dynamic Engagement #HIDE #Bazar Ramadan #COVID-19
;