Taman kering kontang jejaskan banyak pihak

Astro Awani
Mac 5, 2014 09:14 MYT
Hamparan rumput-rumput hijau di Taman Rekreasi Doktor Seenivasagam di Ipoh tidak lagi kelihatan akibat daripada cuaca panas dan kering yang melanda Perak lebih sebulan yang lalu.
Jika dahulu penduduk di sekitar Ipoh memilih untuk beriadah bersama keluarga di taman tersebut di mana turut menjadi tumpuan anak-anak muda bersukan, namun kini semakin berkurangan.
Wartawan Astro AWANI yang membuat tinjauan mendapati rumput di taman rekreasi itu menjadi kering serta tidak sesuai untuk aktiviti sukan.
Antara mereka yang turut terkesan adalah peniaga-peniaga serta atlet-atlet sukan yang menjadikan taman tersebut sebagai pusat latihan mereka.
Justeru, Majlis Bandaraya Ipoh harus mengambil satu inisiatif segera dalam menangani masalah tersebut sekaligus memastikan taman rekreasi tersebut terus mendapat sambutan.
#Ipoh #Taman Rekreasi Doktor Seenivasa
;