JOHOR BAHRU: Kesemua Taman Eko Rimba, Hutan Taman Negeri, trek pendakian dan laluan kenderaan pacuan empat roda (4x4) di dalam hutan simpan kekal (HSK) di Johor, dibuka semula kepada orang awam mulai Ahad ini.
Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ) Datuk Salim Aman berkata orang ramai diingatkan sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah keselamatan sekiranya terdapat perubahan cuaca atau keadaan persekitaran.
"Bagi trek pendakian dan laluan sukan lasak serta aktiviti di dalam HSK, perlu membuat permohonan permit memasuki hutan simpan di Pejabat Hutan yang berkaitan," katanya menerusi notis yang dimuat naik di Facebook rasmi jabatan itu.
Menurutnya Taman Eko Rimba terlibat adalah Sungai Bantang dan Taka Merloh di Labis; Gunung Pulai 1 dan Gunung Pulai 2 di Kulai; Gunung Belumut di Kluang; Soga Perdana di Batu Pahat; Panti di Kota Tinggi dan Gunung Arong di Mersing.
Trek pendakian pula adalah Gunung Arong dan Gunung Janing di Mersing; Gunung Chemendong, Gunung Gua Rimau dan Gunung Belumut di Kluang; Gunung Sumalayang, Gunung Muntahak, Gunung Panti Timur, Gunung Panti Barat, Batu Tenggek dan Pelepah Kiri @ Bukit Sisek di Kota Tinggi.
Selain itu, Gunung Banang, Gunung Moakil, Bukit Bindu, Bukit Inas, Bukit Botak, Bukit Payung dan Bukit Berdiri di Batu Pahat; Gunung Bekok di Segamat dan Gunung Pulai di Kulai juga merupakan trek pendakian yang dibuka kepada orang awam mulai Ahad ini.
Pada 17 Dis tahun lepas, JPNJ mengeluarkan arahan penutupan lokasi berkenaan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang kejadian atau kemalangan tidak diingini berlaku, berikutan musim tengkujuh.
Negara baru-baru ini dikejutkan dengan tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Batang Kali, Gohtong Jaya, Selangor, membabitkan 92 mangsa dengan 61 daripadanya terselamat manakala 31 lagi terkorban.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 13 2023
![Taman Eko Rimba, trek daki hutan simpan kekal Johor dibuka semula Taman Eko Rimba, trek daki hutan simpan kekal Johor dibuka semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-02/71581597359_gunungpulai.jpg)
17 Dis tahun lepas, JPNJ mengeluarkan arahan penutupan lokasi berkenaan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang kejadian atau kemalangan tidak diingini berlaku, berikutan musim tengkujuh.- Foto forestry.gov.my
![Kementerian Ekonomi akan lancar pelan hala tuju gas asli pada tahun ini - Rafizi Kementerian Ekonomi akan lancar pelan hala tuju gas asli pada tahun ini - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739427472_TBRafizi.jpg)
Kementerian Ekonomi akan lancar pelan hala tuju gas asli pada tahun ini - Rafizi
Kementerian Ekonomi akan melancarkan Pelan Hala Tuju Gas Asli pada suku kedua atau ketiga 2025 dalam usaha meningkatkan pelaburan dalam sektor berkenaan.
![Nahas motosikal terbabas: Lelaki maut selepas 18 jam bertarung nyawa Nahas motosikal terbabas: Lelaki maut selepas 18 jam bertarung nyawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739426994_tbkemalanganmautt.jpg)
Nahas motosikal terbabas: Lelaki maut selepas 18 jam bertarung nyawa
ACP Abdul Rozak Muhammad berkata lelaki tempatan berusia 21 tahun itu meninggal dunia pada 1.10 pagi tadi ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.
![Harga lantai padi naik RM1,500 satu tan berkuatkuasa Ahad ini - Mohamad Sabu Harga lantai padi naik RM1,500 satu tan berkuatkuasa Ahad ini - Mohamad Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739426323_tbMohamadSabu.jpg)
Harga lantai padi naik RM1,500 satu tan berkuatkuasa Ahad ini - Mohamad Sabu
Kerajaan bersetuju menaikkan harga lantai padi kepada RM1,500 satu tan berbanding RM1,300 satu tan sebelum ini, berkuatkuasa Ahad ini.
![Google kemas kini Gemini Live dengan model baharu faham banyak bahasa Google kemas kini Gemini Live dengan model baharu faham banyak bahasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739426519_GoogleGeminiLive.jpg)
Google kemas kini Gemini Live dengan model baharu faham banyak bahasa
Gemini Live adalah chatbot AI suara yang membolehkan pengguna berkomunikasi seakan berbual dengan manusia.
"Pesawah terus dibantu dengan pemberian subsidi" - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata Kerajaan tetap komited terus beri subsidi dan insentif pada pesawah seperti bayaran insentif upah baja, bantuan racun bagi mengawal penyakit tanaman.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"Kalau terjerit walaupun duduk, saya boleh halau keluar" - Timbalan Speaker
Kekocahan berlaku di dalam Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Shah Alam menyuarakan semasa perbahasaan isu pembelaan pesawah.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
Kerajaan komited jadikan industri padi tunjang utama keterjaminan makanan negara - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata kerajaan komited untuk menjadikan industri padi sebagai tunjang utama kepada keterjaminan makanan negara dengan sokongan padu dari semua pihak
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"AI pada ketika ini sangat rancak digunakan" - Menteri Komunikasi
Menteri Komunikasi berkata platfom media sosial juga berusaha untuk menangani masalah penyalahgunaan AI
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"Kita dapati ada yang beberapa platfom yang sering kali di salah guna" - Menteri Komunikasi
Menteri Komunikasi berkata beberapa langkah yang telah diambil termasuk mengenakan menarik balik exemption oder (pas diplomat) yang memerlukan platfom memenuhi syarat seperti mendaftar dengan MCMC.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"Usaha ini menyumbang pada penambahbaikkan" - Menteri Komunikasi
Menteri Komunikasi berkata MCMC telah melaksanakan sesi libat urus secara berterusan dengan penyedia platfom media sosial.
"Usaha ini menyumbang kepada penambahbaikkan, menjadikan lebih efisien dan berkesan"Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"Usaha ini menyumbang kepada penambahbaikkan, menjadikan lebih efisien dan berkesan"Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
![Aktiviti Hutan Simpan Kekal, Taman Eko Rimba di Pahang ditutup Aktiviti Hutan Simpan Kekal, Taman Eko Rimba di Pahang ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/81609059102_jungletrekking.jpg)
Aktiviti Hutan Simpan Kekal, Taman Eko Rimba di Pahang ditutup
Penutupan sementara itu susulan musim tengkujuh yang dijangka berlaku bulan depan.
![Taman eko rimba di bawah pengurusan JPNK ditutup sementara Taman eko rimba di bawah pengurusan JPNK ditutup sementara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41671468989_GunungJerai.jpg)
Taman eko rimba di bawah pengurusan JPNK ditutup sementara
Semua Taman Eko Rimba (TER), Hutan Taman Negeri (HTN) dan kawasan pendakian dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di bawah pengurusan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) ditutup sementara.
![Banjir: Taman eko rimba, kawasan pendakian di N.Sembilan ditutup Banjir: Taman eko rimba, kawasan pendakian di N.Sembilan ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71639975924_Tamanekorimbakaw.jpg)
Banjir: Taman eko rimba, kawasan pendakian di N.Sembilan ditutup
Orang ramai dinasihatkan tidak mendekati semua kawasan hutan lipur dan kawasan pendakian buat masa ini sehingga dimaklumkan oleh pihak jabatan.
![Taman Eko Rimba Gunung Pulai 1 ditutup akibat kencing tikus Taman Eko Rimba Gunung Pulai 1 ditutup akibat kencing tikus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/71581597359_gunungpulai.jpg)
Taman Eko Rimba Gunung Pulai 1 ditutup akibat kencing tikus
Perintah penutupan itu adalah bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan agar kawasan berkenaan selamat bagi pengunjung.
![Pengunjung kecewa air terjun Lata Meraung kini jadi keruh Pengunjung kecewa air terjun Lata Meraung kini jadi keruh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/41535178606_LataMeraung.jpg)
Pengunjung kecewa air terjun Lata Meraung kini jadi keruh
Penduduk tempatan tidak menolak kemungkinan ada kegiatan pembalakan berlaku di sekitar kawasan air terjun itu.