Taman Eko Rimba di Pahang ditutup sementara mulai 1 November

Norfarhiza Mohd Atar
Oktober 19, 2022 12:00 MYT
Antara TER terbabit ialah TER Kenong (Lipis), Lubuk Yu (Maran), Parit Falls (Cameron Highlands), Lata Jarum (Raub), Ulu Tembeling dan Kem Nusa (Jerantut), Sungai Pandan dan Berkelah (Kuantan) serta Taman Negeri Rompin (Rompin). - Gambar hiasan
KUANTAN: Lapan Taman Eko Rimba (TER) dan satu Hutan Taman Negeri (HTN) di Pahang ditutup kepada pengunjung awam mulai 1 November ini.
Turut ditutup bagi aktiviti riadah ialah kawasan pendakian yang terdapat dalam hutan simpan kekal.
Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menerusi notis di laman Facebook memaklumkan penutupan itu sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Menurutnya, antara TER yang terbabit adalah TER Kenong (Lipis), Lubuk Yu (Maran), Parit Falls (Cameron Highlands), Lata Jarum (Raub), Ulu Tembeling dan Kem Nusa (Jerantut), Sungai Pandan dan Berkelah (Kuantan) serta Taman Negeri Rompin (Rompin).
" Penutupan ini sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak kejadian tidak diingini berikutan musim tengkujuh yang boleh mendatangkan risiko kemalangan kepada pengunjung," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
#taman eko rimba #Jabatan Perhutanan Negeri Pahang #Hutan Taman Negeri #ditutup kepada pengunjung awam
;