Talentbank umum senarai Universiti Pilihan Majikan 2024, panduan terbaik untuk lepasan sekolah

Israr Khalid
Mei 30, 2024 18:49 MYT
Pandangan yang disediakan digarap daripada analisis terperinci dan menyeluruh Talentbank GE Index, yang menilai kebolehpasaran para graduan di seluruh Malaysia. - Sumber foto Talentbank
KUALA LUMPUR:
Talentbank, syarikat peneraju dalam usaha mempertingkat kebolehpasaran graduan dan menghubungkan pihak akademia dengan pihak industri, berbesar hati mengumumkan senarai “Universiti Pilihan Majikan 2024.”

Ringkasan AI
  • Talentbank umum senarai Universiti Pilihan Majikan 2024. Senarai ini memberi perspektif kepada bakal penuntut universiti tentang institusi pilihan majikan, untuk bantu mereka buat keputusan dalam meningkatkan prospek kerjaya.
  • Senarai ini dibuat berdasarkan analisis Indeks Kebolehpasaran Graduan Nasional Talentbank (Talentbank GE Index), yang menilai kebolehpasaran graduan di seluruh Malaysia.
  • Indeks ini menawarkan pandangan dari lebih 700 majikan terkemuka dan direka sebagai kompas untuk para belia dalam memilih lapangan pengajian dan universiti yang sesuai.

Panduan yang amat diperlukan ini menawarkan bakal para penuntut universiti di masa hadapan perspektif yang tidak ternilai tentang institusi mana yang menjadi pilihan para majikan, sekali gus membantu mereka membuat keputusan yang mampu melonjakkan prospek kerjaya mereka selepas tamat pengajian.
Pandangan yang disediakan diambil daripada analisis menyeluruh Indeks Kebolehpasaran Graduan Nasional Talentbank (Talentbank GE Index), yang menilai kebolehpasaran para graduan di seluruh Malaysia.
Talentbank GE Index merupakan satu inisiatif inovatif daripada Talentbank yang menawarkan pandangan daripada lebih 700 majikan terkemuka, termasuk Intel, TDCX, ANT International, Huawei, Maybank, Nestlé, PETRONAS, Shopee, CIMB, Kumpulan Sunway, PwC, Maxis, AIA, Hartalega, Malaysia Airlines, dan banyak lagi.
Talentbank GE Index direka sebagai kompas untuk para belia mengemudi kerjaya masa depan mereka, membantu dalam memilih lapangan pengajian yang bersesuaian dan universiti berprestij dan memberi pencerahan kepada mereka juga ibu bapa tentang institusi pengajian tinggi yang mana menjadi pilihan para pemimpin industri.
Inisiatif strategik ini dijangka untuk mempertingkat kebolehpasaran para graduan negara, menyediakan mereka untuk peranan dan tanggungjawab yang lebih tinggi dengan gaji yang lumayan.
Bercakap tentang Talentbank GE Index, Ketua Pegawai Eksekutif Talentbank, Ben Ho menyatakan bahawa di teras kajian mereka, tersemat komitmen untuk menyediakan para pelajar dengan pengetahuan serta peralatan yang diperlukan untuk mengemudi kerjaya para belia.
“Inisiatif ini memainkan peranan kritikal dalam visi kami, mengetengahkan universiti yang mendorong pelajar ke hadapan dalam pasaran kerja antarabangsa.
“Lebih daripada sekadar perjalanan akademik, ia mengukir laluan menuju kerjaya yang bermanfaat, dengan matlamat utama, untuk mengangkat kebolehpasaran, kesediaan kerjaya dan daya saing para graduan Malaysia pada skala global.”
Menerapkan tiga bahagian metodologi yang unik, Talentbank GE Index menyediakan pandangan yang menyeluruh tentang sejauh mana universiti-universiti menyediakan graduan mereka untuk alam pekerjaan.
Metodologi ini merangkumi tiga aspek utama; pertama, mengenalpasti universiti yang lazimnya diambil oleh majikan; kedua, mengukur bilangan graduan diambil bekerja dari setiap universiti; dan ketiga, menilai kekerapan pengambilan berulang berdasarkan prestasi positif.
Lebih daripada sekadar kaji selidik, Talentbank GE Index berperanan sebagai alat perancang kerjaya yang komprehensif, bermatlamat untuk menurunkan kadar pengangguran para graduan di Malaysia dengan menyelaraskan hasil pendidikan dengan permintaan pengambilan dalam pasaran kerja.
Talentbank GE Index satu kajian dari pusat perunding yang bebas dari unsur politik serta mempunyai kemahiran di dalam bidang kebolehpasaran graduan. Kajian yang dilakukan merangkumi ribuan para majikan kepada graduan di sektor- sektor industri penting untuk memahami kriteria pilihan dalam pengambilan pekerja.
Untuk maklumat lanjut, layari https://www.talentbankgroup.com/eca
#TALENTBANK #kebolehpasaran #graduan #majikan #ipta
;