Takut Allah atau COVID19? Ini penjelasannya...
Hakim Rahman
Mac 20, 2020 21:02 MYT
Mac 20, 2020 21:02 MYT
Dalam kita menghadapi pandemik COVID19, isu mengenai agama sering kali menjadi alasan untuk tidak peka dan tidak mengamalkan penjagaan kesihatan rapi.
Ada segelintir masyarakat melihat ancaman virus ini sebagai ujian terhadap keteguhan keimanan dan akidah mereka.
Jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Al-Bakri, takut kepada Allah bermakna umat Islam perlu beribadah dan mentaati perintah-Nya.
"Berusaha mencegah, menjauhi dan mengamalkan penjagaan kesihatan rapi merupakan sebahagian perintah Allah.
"Apabila kita berikhtiar itu, sejuzuk daripada makna kita takut kepada Allah, kita ikut perintah Allah kita mengambi hukum sebab yang diperintahkan kepada kita," katanya dalam rancangan Agenda AWANI.
Katanya berkata terdapat nas-nas dan riwayat mengenai perintah tersebut.
Mengulas lanjut, para ulama menyatakan takut kepada Allah bermakna umat Islam perlu pergi (beribadat) kepadanya manakala takut kepada makhluk perlu menjauhi daripadanya.
"Takut kepada Allah tidak bermakna kita tidak boleh takut kepada makhluk lain," katanya.
Dalam video berikut ini, Dr Zulkifli ada memberi beberapa contoh mudah melibatkan hal-hal berdepan penyakit, dan juga haiwan buas, serta memahami hukum asbab dan musabbib. Mari hadamkan bersama: