Taktik baharu edar dadah melalui pos

Astro Awani
Mac 23, 2018 17:52 MYT
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh (tengah) menunjukkan beberapa gambar dan keratan akhbar mengenai kejayaan rampasan dadah JSJN sepanjang dua dekad jabatan tersebut. - Foto Bernama
Polis kini berdepan dengan modus operandi pengedaran dadah yang semakin rumit dan canggih menggunakan kaedah pos dalam kuantiti kecil terus kepada penagih.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, perkara tersebut didedahkan Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu berkenaan Dadah dan Jenayah (UNODC) pada persidangan di Vienna, Austria baru-baru ini.
Katanya pengedar kini menghantar dadah terus kepada penagih melalui surat dalam kuantiti kecil yang ditempah melalui 'dark web' atau pasaran gelap dalam talian.
"Kita telah didedakan dengan satu lagi bentuk pengedaran dadah dimana pengedar akan hantar terus kepada penagih melalui surat yang biasa dalam kuantiti yang kecil.
"Tempahan dilakukan melalui 'dark web' dan kini keadah melalui 'courier service' ini menjadi trend hari ini," katanya sempena Hari Polis ke-211 di Bukit Aman di sini, hari ini.
#Dadah #dalam talian #Dark Web #Mohmad Salleh #pengedaran #polis #POS #surat #UNODC
;