"Take care, apa-apa kita calling-calling" - Perbualan dipercayai bekas KP SPRM dengan individu tidak dikenali

Astro Awani
Januari 8, 2020 18:10 MYT
Rakaman audio dipercayai perbualan antara Dzulkifli Ahmad dengan seorang individu didedahkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya dalam sidang media di Putrajaya pada Rabu.
Selain transkrip yang dipercayai membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut memperdengarkan perbualan yang dipercayai bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad bersama dengan seorang individu yang tidak dikenali.
LELAKI A: Datuk Seri apa khabar?
TAN SRI DZULKIFLI AHMAD: Ok Datuk everything ok Datuk.
LELAKI A: Sibuk ke Datuk Seri, sorry (tidak kedengaran)
TAN SRI ZULKIFLI AHMAD: Oh no.... no... anytime for you, no problem
LELAKI A: Just to inform you, last Thursday kita dah prepare one... satu dah siap lepas tu tadi just finished the second one , semua dah finished, esok boleh brief Tan Sri lah...(tidak kedengaran)..kita dah fixed the whole morning untuk kita orang brief, Kita tunggu they (tidak kedengaran) for both dah ready.
TAN SRI ZULKIFLI AHMAD: Ok good.
LELAKI A: Ah ok.. semua under control lah
TAN SRI DZULKIFLI AHMAD: (Tidak kedengaran) kalau itu lah cadangnya,... esok hantar balik lah
LELAKI A: Esok pergi jumpa Tan Sri, brief, tak tau lah apa dia nak buat decision, dia update Datuk Seri
TAN SRI ZULKIFLI AHMAD: Hantar balik belah sana minta dia orang duit.. thank u Sir... I know you are doing very very well.
LELAKI A : Two weeks ni kita orang buat lah, tak tau lah apa Tan Sri cakap dengan Datuk Seri... okey?
TAN SRI DZULKIFLI AHMAD: Okey... dia kata besok dia dapat pre-meeting tu, dia nak tolak balik dekat dia orang, minta ulasan dalam seminggu, lepas tu (tidak kedengaran) dua minggu, betullah.
LELAKI A: (Tidak kedengaran)... dah dua minggu takda weekend dah.
TAN SRI DZULKIFLI AHMAD: Okay terima kasih... terima kasih. Don't worry... don't worry... nanti semua tu recorded all well informed.
LELAKI A: Takpe... takpe just to update Datuk.
TAN SRI DZULKIFLI AHMAD: Thank u, take care apa-apa kita calling-calling eh.
LELAKI A: Okay... okay... nanti apa-apa kita update.
#Najib Razak #Rosmah Mansor #SPRM #Tan Sri Datuk Dzulkifli Ahmad
;