Tak sampai 24 jam dari UK, Tun M teruskan tugas ke Bangkok pula

Astro Awani
Jun 20, 2019 19:16 MYT
Kurang 24 jam selepas pulang dari lawatan kerja di United Kingdom, Dr Mahathir berangkat pula ke Bangkok bagi menghadiri Persidangan ASEAN kali ke-34. -Twitter Dr Mahathir Mohamad
KOMITMEN sebagai pemimpin utama negara bukannya mudah, namun itulah yang dihadapi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau baru sahaja tiba di tanah air selepas membuat lawatan rasmi ke London baru baru ini.
Sebaik tiba di tanah air, beliau meneruskan tugas rasmi dengan membuat pertemuan dengan beberapa pihak termasuklah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya.
Beliau seterusnya menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri dan kemudian berangkat ke Bangkok, Thailand untuk menghadiri Persidangan ASEAN kali ke-34 selama empat hari.
Dr Mahathir juga akan melancarkan pembukaan Pesta Malaysia selain menghadiri dialog bersama Kapten Industri dari Thailand.
Sidang kemuncak ASEAN yang dipengerusikan Thailand kali ini turut mengambil peluang para pemimpin ASEAN bertemu dalam mesyuarat 13th Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Philippines East ASEAN Growth Area (BIMP-EAGA) Summit dan 12th Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT) Summit.
#ASEAN #Mahathir Mohamad #Perdana Menteri #SPRM #Tun Mahathir Mohamad #Tun Siti Hasmah
;