Tak sabar nak pergi pusat urut kaki, spa? Sabar ya...

Hasimi Muhamad
Jun 15, 2020 15:02 MYT
SOP tersebut antara lain melibatkan perkhidmatan spa dan pusat urut kaki. Gambar fail/ AFP Relax
Kerajaan pada Isnin memaklumkan prosedur operasi standard (SOP) bagi subsektor pelancongan termasuk spa dan pusat urut kaki akan dibentangkan ke Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Mesyuarat Khas-Khas Menteri hari ini tidak mempunyai sebarang halangan berhubung SOP tersebut.
Katanya, SOP tersebut melibatkan perkhidmatan spa, pusat urut kaki, mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran selain pameran perdagangan dalam negeri.
“Secara dasarnya Mesyuarat Khas Menteri-Menteri tidak mempunyai halangan dengan cadangan SOP ini.
“Bagaimanapun, ianya akan dibawa ke Mesyuarat Khas MKN untuk kelulusan. Jadi, kita tidak memberikan kelulusan lagi kerana perkara ini melibatkan perkara-perkara berkaitan senarai negatif seperti refleksologi dan sebagainya," katanya.
#COVID-19 #kerajaan #menteri #Pameran pelancongan #pelancongan #pusat urut #sektor pelancongan #SOP #SPA #Sub sektor pelancongan
;