'Tak sabar nak jadi pengantin lagi agaknya!' - Tweet Raja Permaisuri Agong cuit hati netizen

Sinar Harian
Julai 16, 2019 16:13 MYT
Foto Tunku Azizah dan Agong yang memakai pakaian rasmi menjadi tumpuan netizen gara-gara kapsyen mencuit hati ditulis baginda. -Twitter Tunku Azizah
MEMANG ramai sedia maklum, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah merupakan antara kerabat diraja berjiwa rakyat dan juga aktif memuat naik status di media sosial.
Sebelum ini, baginda pernah berkongsi tentang durian, dan terbaharu baginda memuat naik gambar bersama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Twitter.
Foto Tunku Azizah dan Agong yang memakai pakaian rasmi menjadi tumpuan netizen gara-gara kapsyen mencuit hati ditulis baginda.
"Maaf... terdelete kerana tidak check terlebih dahulu sama ada gambar rasmi boleh dikongsi atau tidak.
"Tak sabar nak jadi pengantin lagi agaknya! Selamat pengantin baharu," tulis baginda.

maaf.....terdelete kerana tdk check terlebih dahulu samada gambar resmi boleh di share atau tdk .... tak sabar nak jadi pengantin lagi agaknya ! Selamat Pengantin Baru ... pic.twitter.com/3SfeX8XXP7

— azizah iskandar (@cheminahsayang) July 15, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Perkongsian itu telah mendapat 4,000 ulang kicau dan 9,600 tanda suka sejak dimuat naik pagi tadi.
Dalam ruangan komen gambar tersebut, seorang netizen yang dikenali sebagai @durians bertanya kepada Tunku Azizah, mengapa tengkolok berubah untuk setiap Agong.
Tunku Azizah berkata, setiap Agong akan mempunyai tengkolok masing-masing.

every agong will have his own headgear ....

— azizah iskandar (@cheminahsayang) July 16, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Terima kasih di atas maklum balas Tuanku. Kami tidak sabar menyaksikan Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 pada 30 Julai ini.
"Juga tidak sabar untuk melihat potret baharu di dinding dan restoran. Kami juga merindui potret rasmi Raja Permaisuri Agong, sudah tiga tahun sejak kami melihatnya buat kali terakhir," tulis @durians itu lagi.
Bagaimanapun Tunku Azizah membetulkan tempoh ketiadaan potret Raja Permaisuri Agong yang ditulis netizen itu.
"Dua tahun," tulis baginda.
Fikri Hasyim pula menulis, "Bagai pinang dibelah dua. Ini bukan raja sehari, raja setiap hari. Sangat hargai penglibatan media sosial Tunku. Sekurang-kurangnya rakyat akan merasa dekat dengan pemerintah. Daulat Tuanku!."
"Tuanku, sangatlah cantik dan indah busana diraja ini, terletak elok pada pasangan kesayangan rakyat Malaysia. Moga ALLAH permudahkan urusan pertabalan Yang di-Pertuan Agong," tulis Nafiz Nazly pula.
Sultan Abdullah akan ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai ini.
Kerajaan juga telah mengumumkan tarikh itu sebagai cuti am tambahan di seluruh negara.
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah #Raja Permaisuri Agong #Selamat pengantin baharu #tengkolok #Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
;