Tak perlu kuarantin rentas negeri,tapi mungkin ada saringan rambang
Harits Asyraf Hasnan
Julai 8, 2020 16:07 MYT
Julai 8, 2020 16:07 MYT
Semua individu yang merentasi mana-mana negeri sama ada di Semenanjung, Sabah atau Sarawak tidak lagi perlu menjalani kuarantin 14 hari di rumah.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang mengulangi perkara itu berkata, semua perjalanan merentasi negeri sudah dibenarkan pada ketika ini.
"Mungkin pada peringkat awal ketika diumumkan, keadaan tidak mengizinkan, maka perlu ada kuarantin di rumah di sana.
"Namun sekarang, keadaan di Sabah dan Sarawak sudah terkawal, tidak ada lagi isu seperti dulu... kes banyak dan sebagainya.
"Oleh itu, rentas negeri di seluruh Malaysia termasuk dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak, tidak perlu kuarantin di rumah secara wajib seperti dulu lagi," katanya pada sidang media di sini pada Rabu.
Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata mereka berkemungkinan disaring secara rambang di lapangan terbang.
#ismail sabri yaakob
#kuarantin
#PKPP
#rentas negeri
#rentas negeri tanpa kuarantin
#Sabah
#Sarawak
#Semenanjung
#tidak perlu