Tak pakai pelitup muka: "Ia adalah pilihan saya," kata 'Karen Dior'

Astro Awani
November 7, 2021 14:02 MYT
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya dalam satu kenyataan berkata wanita warga asing itu dikenakan dua kompaun masing-masing berjumlah RM1,500. - Foto Twitter/@117WeThePeople
KUALA LUMPUR: Baru-baru ini, tular video seorang wanita warga asing digelar sebagai 'Karen' membuat kecoh di hadapan butik sebuah pusat beli-belah selepas dilarang memasukinya tersebut kerana tidak memakai pelitup muka.
Selepas isu tersebut dilihat agak reda, wanita itu memuat naik satu video di laman Twitter dan bercakap mengenai kebebasan dan hak untuk membuat pilihan.
“Selamat pagi, saya Kerry atau orang kenal sebagai ‘Karen Dior’, dari Manchester ke Malaysia dengan aman dan cinta sejak 20 tahun lepas. Jiwa saya, anak-anak saya semuanya di sini.
“Lagu kita ialah kebebasan, kebebasan untuk pilih apa kita makan, ke mana kita pergi, kita pergi dengan siapa, apa kita lakukan kepada badan kita secara perubatan atau sebaliknya. Ia adalah pilihan, pilihan anda, pilihan saya.

Our patriots from Malaysia harassed by the government(see pinned Tweet) terrorised at the her home newspapers demonising her facebook bots hate speech has a message for the Malaysia, for the world and of course to Brandon LETS GIVE HER A GREAT VOICE#freedom #LetsGoBrandon pic.twitter.com/KNXWckIdgC

— 117%WeThePeople (@117WeThePeople) November 6, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Banyak negara sudah tarik balik mandat (pakai pelitup muka), ada pautan di bawah, anda dijemput baca dan nyatakan pendapat anda,” katanya menerusi video berdurasi lebih dua minit di laman Twitter tersebut.
Setakat artikel ini ditulis, video tersebut mendapat hampir 100,000 tontonan dan komen-komen di video tersebut pula menunjukkan rasa tidak puas hati rakyat Malaysia terhadapnya yang enggan mengikut peraturan ditetapkan kerajaan.
Bahkan, selebriti tempatan, Diana Danielle turut sama menulis komen pada video tersebut.
“Anda boleh pergi ke negara di mana mereka tidak menggunakan undang-undang ini, tetapi di negara ini menjaga kesihatan satu sama lain adalah lebih penting daripada 'keperluan' individu.
“Anda boleh menjangkiti orang lain jika anda keluar tanpa memakai pelitup muka. Banyak negara Eropah bergelut dengan peningkatan kes berikutan kebebasan pilihan tanpa had itu,” tulisnya.
BACA: "Warga asing 'maha kaya' hanya dikenakan denda RM3,000" - Syed Saddiq persoal amalan 'double standard'
Baru-baru ini, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya dalam satu kenyataan berkata wanita warga asing tersebut dikenakan dua kompaun masing-masing berjumlah RM1,500.
Kompaun itu dikeluarkan di bawah Peraturan 17 (1) Peraturan- Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah- Langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021 bagi kedua-dua kesalahan.
Sebelum itu, tular di media sosial rakaman video memaparkan seorang 'minah saleh' yang dilihat bertengkar dengan pengawal keselamatan selepas cuba memasuki pusat beli-belah Bangsar Shopping Centre (BSC) tanpa memakai pelitup muka.
Itu merupakan kejadian kedua selepas wanita yang sama sebelum ini turut didakwa tidak memakai pelitup muka dan menimbulkan kekecohan di sebuah butik mewah di pusat beli-belah KLCC.
#Karen #pelitup muka #warga asing #KLCC
;